Loading...

Malaysia sahkan tempat ke Jakarta

Loading...
Malaysia sahkan tempat ke Jakarta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia sahkan tempat ke Jakarta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia sahkan tempat ke Jakarta
link : Malaysia sahkan tempat ke Jakarta

Baca juga


Malaysia sahkan tempat ke Jakarta


ARKIB : 20/02/2004

MALAYSIA mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Thomas di Jakarta, Mei ini setelah muncul juara Kumpulan B menumpaskan Hong Kong 4-1 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, semalam, lapor SRY ANGRENI MOHD ZET.

Kejayaan itu juga menyaksikan Malaysia akan bertemu pilihan kedua pertandingan, Korea yang menjuarai kumpulan A setelah menumpaskan India 5-0.

Selain daripada Malaysia dan Korea, Jepun dan China yang muncul juara kumpulan masing-masing turut memperoleh tiket ke Jakarta dan mara ke separuh. Perlawanan separuh akhir kelayakan Piala Thomas akan berlangsung esok.

Empat lagi pasukan yang menduduki tempat kedua dalam kumpulan masing-masing akan berentap hari ini untuk merebut tiket kelima bagi melayakkan mereka ke pusingan akhir Piala Thomas itu.

Pasukan negara yang diletakkan sebagai pilihan ketiga pertandingan memulakan langkah kanan itu menerusi Wong Choong Hann yang mengekalkan rekod tanpa kalahnya kepada Ng Wei.

Pemain kidal kelahiran Kuala Lumpur itu menepati sasaran mengutip mata pertama negara apabila menang 15-9, 15-3 kepada Ng Wei dalam masa 37 minit. Semangat pasukan negara untuk memastikan kemenangan dibakar dengan kehadiran ibu badminton negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Mohd Roslin Hashim melebarkan catatan itu menumpaskan Agus Hariyanto 15-12, 15-3 dalam masa 48 minit untuk memastikan Malaysia mendahului 2-0.

Naib juara Terbuka Malaysia, Lee Chong Wei yang turun sebagai perseorangan ketiga terpaksa bermain tiga set sebelum menumpaskan Yohan Hadikusuma Wiratama 15-10, 13-15, 15-4.

Beregu utama negara, gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah bagaimanapun gagal menjadi penyumbang mata apabila tewas 15-8, 13-15, 13-15 kepada Liu Kokm Wa- Albertus Susanto.

Hong Kong menarik diri daripada perlawanan beregu keduanya iaitu gandingan Zheng Yu Min-Yohan yang sepatutnya bertemu Chew Choon Eng-Chan Kim Wai sekali gus memberi mata keempat untuk Malaysia.

KEPUTUSAN PIALA THOMAS:

Kumpulan B
MALAYSIA 4 HONG KONG 1
Wong Choong Hann kln Ng Wei 15-9, 15-3; Mohd Roslin Hashim kln Agus Hariyanto 15-12, 15-3; Lee Chong Wei kln Yohan Wiratama 15-10, 13-15; 15-4; Lee Wan Wah-Choong Tan Fook klk Liu Kokm Wa-Albertus Susanto 15-8, 13-15, 13-15; Chew Choon Eng-Chang Kim Wai kln Zheng Yu Min-Yohan Wiratama (kemenangan percuma)

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2oz7IoJ
© Utusan Melayu (M) BhdSUMBER


Demikianlah Artikel Malaysia sahkan tempat ke Jakarta

Sekianlah artikel Malaysia sahkan tempat ke Jakarta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia sahkan tempat ke Jakarta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/malaysia-sahkan-tempat-ke-jakarta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia sahkan tempat ke Jakarta"

Catat Ulasan

Loading...