Loading...

Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki

Loading...
Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki
link : Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki

Baca juga


Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki

BANGKOK: Mara Patani menggesa kerajaan Thai agar menyiasat dengan teliti insiden di Daerah Ruso, Narathiwat, baru-baru ini yang mengakibatkan dua remaja lelaki ditembak mati.

Menurut jurucakapnya Dr Abu Hafez al-Hakim, terdapat laporan yang bercanggah daripada pihak berkuasa, media dan saksi tunggal yang terselamat berhubung hakikat sebenar tragedi itu yang membawa kepada kematian remaja berkenaan.

“MARA Patani menggesa pihak berkuasa Thai menyiasat dengan teliti insiden itu dari segenap sudut dan menghebahkan kepada umum hasil siasatan itu untuk mengelak salah tanggapan, kekeliruan dan ketidakpercayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan itu mengucapkan takziah dan meminta keluarga mangsa supaya bersabar.

Pada 1.30 tengah hari (waktu tempatan) 29 Mac, anggota keselamatan Thai menembak mati dua lelaki, Aseng Useng, 30, dan Ismail Hama, 28, dalam insiden yang didakwa sebagai berbalas tembakan di Kampung Tebing Luluk, Mukim Khok Setor, Daerah Ruso.

Menurut laporan media yang memetik Ketua Polis Daerah Ruso Kol Reangsak Buadeang, kedua-dua lelaki itu dipercayai anggota kumpulan militan, Runda Kumpulan Kecil (RKK), suatu dakwaan yang disangkal oleh anggota keluarga dan penduduk setempat.

Berikutan insiden berbalas tembakan itu, para penyiasat menjumpai sepucuk pistol automatik dan rifel M-16 bersebelahan mayat mangsa serta sebuah trak pikap, katanya.

Insiden itu, kata Abu Hafez, mengingatkan masyarakat tentang pembunuhan beramai-ramai Thung Yang Daeng dua tahun lepas, yang menyaksikan empat lelaki muda mati ditembak oleh pasukan keselamatan.

MARA Patani adalah badan induk yang mewakili beberapa kumpulan di selatan Thai, yang ketika ini terbabit dalam rundingan damai dengan kerajaan Thai, dan kerajaan Malaysia adalah pemudahcara.

Bulan lepas, kedua-dua pihak mencapai kejayaan cemerlang apabila mereka bersetuju menubuhkan Zon Keselamatan di selatan Thai, sungguhpun lokasi zon yang tepat masih dalam perbincangan. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oK6HqW

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki

Sekianlah artikel Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/mara-patani-gesa-kerajaan-thai-siasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mara Patani Gesa Kerajaan Thai Siasat Kematian Dua Remaja Lelaki"

Catat Ulasan

Loading...