Loading...

MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan

Loading...
MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan
link : MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan

Baca juga


MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan

DATUK T Mohan (tengah) memberi penjelasan mengenai tiga pemain dari kelab MIFA tersebut ditahan SPRM berbikutan terbabit dalam rasuah dan mengatur perlawanan Liga Perdana pada sidang media di Kompleks Sukan Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). – Foto Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) tidak akan memaafkan amalan mengatur keputusan perlawanan oleh sesiapa di bawah mereka yang jelas bertentangan dengan integriti dan ketelusan.

Presiden MIFA, Datuk T Mohan, berkata persatuan itu tidak akan campur tangan dalam siasatan ke atas tiga pemain mereka yang didakwa terbabit mengatur perlawanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebagai Presiden MIFA, saya ingin tegaskan sekali lagi pendirian persatuan ini tidak pernah ragu-ragu mengekalkan standard tinggi ke atas integriti dan ketelusan dalam pengurusan pasukan.

“Komitmen MIFA dalam sukan khususnya bola sepak akan sentiasa konsisten dengan amalan terbaik sukan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohan, MIFA mendapat tahu kemungkinan beberapa pemain dipengaruhi faktor luar untuk menentukan keputusan perlawanan.

Berikutan itu, katanya MIFA sudah melantik jawatankuasa bebas menyiasat dakwaan berkenaan dan hasil penemuan yang diperoleh daripada jawatankuasa berkenaan dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Laporan hari ini adalah hasil tindakan itu,” katanya.

Tiga pemain pasukan MISC-MIFA ditahan kerana dipercayai menerima suapan untuk mengatur perlawanan dalam Liga Perdana.

Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga pemain berusia antara 26 dan 27 tahun itu dipercayai menerima sekitar RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie dan mereka ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu.

Pasukan MISC-MIFA layak secara automatik ke Liga Perdana pada 2017 selepas mereka mara ke perlawanan akhir Piala FAM 2016.

– BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o60BDx

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan

Sekianlah artikel MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/mifa-tak-maafkan-tindakan-atur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MIFA Tak Maafkan Tindakan Atur Perlawanan"

Catat Ulasan

Loading...