Loading...

Misi skuad negara tanpa tonggak utama

Loading...
Misi skuad negara tanpa tonggak utama - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Misi skuad negara tanpa tonggak utama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Misi skuad negara tanpa tonggak utama
link : Misi skuad negara tanpa tonggak utama

Baca juga


Misi skuad negara tanpa tonggak utama



ARKIB : 16/10/2003
PEMAIN skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah (kiri) membetulkan tali leher Indra Putra Mahayuddin (tengah) sebelum berlepas ke Bahrain untuk perlawanan pusingan kedua kelayakan bola sepak Piala Asia, semalam.

PASUKAN negara berlepas ke Bahrain semalam dengan misi sekurang-kurangnya mengekalkan tempat kedua dalam Kumpulan F pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Piala Asia.

Selepas mengharungi tiga perlawanan pada pusingan pertama di Kuala Lumpur minggu lepas, skuad kebangsaan pimpinan Allan Harris itu berlepas lima hari lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas, yang kini mencecah 36 darjah Celcius di Manama.

Bagi Harris, cuaca panas di sana tidak akan mematahkan semangat dan keupayaan anak buahnya untuk melangkah ke pusingan akhir di China tahun depan.

Namun, Harris menghadapi masalah dan dirundung kebimbangan apabila pasukannya tidak disertai beberapa pemain tonggak bagi mengharungi kempen pusingan kedua di Bahrain.

Antara pemain yang cedera dan tidak dapat bersama skuad negara ialah penyerang Akmal Rizal Rakhli dan Zainizam Marjan, pemain tengah K. Nanthakumar dan pemain pertahanan Subri Sulong, Victor Andrag dan Nizam Jamil.

Harris juga kehilangan khidmat penjaga gol Azmin Azram Abdul Aziz pada pusingan kedua apabila pemain itu mengalami kecederaan otot di belakang lutut semasa menentang Iraq Jumaat lepas.

Malaysia menunjukkan persembahan memberangsangkan pada pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Myanmar 4-0 dan seri tanpa jaringan dengan Iraq dan 2-2 dengan Bahrain.

Malaysia mengumpul lima mata, dua mata ketinggalan di belakang pendahulu kumpulan iaitu Iraq.

``Hanya satu jalan untuk layak ke pusingan akhir di China nanti iaitu dengan menewaskan Myanmar dan Bahrain manakala Iraq merupakan lawan yang kuat,'' kata Harris.

Malaysia akan membuka kempen pusingan kedua dengan menentang Iraq Isnin ini dan dikuti Bahrain pada 22 Okt dan melengkapkan jadual dengan menentang Myanmar pada 24 Okt ini.

Selepas pusingan kelayakan kedua itu, dua pasukan teratas dalam kumpulan empat pasukan itu layak ke China. - Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2pcdcD0
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Misi skuad negara tanpa tonggak utama

Sekianlah artikel Misi skuad negara tanpa tonggak utama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Misi skuad negara tanpa tonggak utama dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/misi-skuad-negara-tanpa-tonggak-utama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Misi skuad negara tanpa tonggak utama"

Catat Ulasan

Loading...