Loading...

Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar

Loading...
Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar
link : Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar

Baca juga


Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar

Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar|Misteri kehilangan dua sahabat karib dari Selangor yang berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lalu akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka akhirnya ditemui di dalam lokap balai polis di sini.

Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Kedua-dua mereka sebenarnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.
Seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta, Datuk Dr Fauzi Mohamad memberitahu Bernama beliau kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.

“Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Fauzi berkata, beliau dan isteri Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung ke balai polis Seksyen Lapangan Terbang untuk bertemu dengan kedua-dua pemuda itu.

“Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis,” katanya lagi.

Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak 30 Mac lalu dan mereka mengunjungi ibu kota ini untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini.

Waris kedua-dua lelaki berkenaan membuat laporan mengenai kehilangan setelah mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.

Keadaan menjadi bertambah keliru apabila seorang daripada mereka kononnya dilaporkan telah pulang melalui Johor Bahru dan dikatakan menyembunyikan diri.

The post Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUUgHW

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar

Sekianlah artikel Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/misteri-dua-sahabat-hilang-di-jakarta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Misteri dua sahabat hilang di jakarta akhirnya terbongkar"

Catat Ulasan

Loading...