Loading...

Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali

Loading...
Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali
link : Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali

Baca juga


Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali


Seorang wanita warga emas meninggal dunia dipercayai dibunuh ketika khusyuk mengerjakan solat di kerusi di ruang tamu rumahnya di Kampung Belukar Jambu, di sini, jam 2.15 petang semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Rokiah A Rahman, 83, yang uzur, bersendirian dalam rumah berkenaan yang dihuni bersama anaknya, Saripah Ibrahim, 52. Mangsa dipercayai dipukul dengan kuali oleh seorang wanita, yang juga jiran sekampung.

Selain jiran, difahamkan suspek yang berusia 37 tahun juga adalah rakan sekerja anak perempuan mangsa. Suspek tidak bekerja ketika kejadian jam 2.30 petang itu.


Rokiah A Rahman ditemui terbaring di lantai oleh anak perempuannya, Saripah Ibrahim, 52, sebaik wanita itu pulang dari tempat kerja. 

Cucu mangsa, Siti Norazura Zaini, 28, berkata, ketika ibu saudaranya itu cuba memeriksa neneknya yang terbaring itu, suspek yang bersembunyi di belakang almari dalam rumah itu meluru sebelum mencekik dan menghentak kepala Saripah. 

"Ketika pergelutan antara mereka, ibu saudara sempat menjerit meminta bantuan dan didengari adik saya yang berada di luar rumah sebelum berjaya menangkap suspek dengan bantuan orang kampung," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, berkata siasatan awal terhadap mayat mangsa tidak menemukan sebarang kesan kecederaan namun polis percaya suspek menggunakan kuali berdasarkan penemuan barang itu berhampiran wanita berkenaan. 

"Kejadian dipercayai bermotifkan samun kerana barangan kemas mangsa ditemui berada bersama suspek wanita yang ditahan itu. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. 

Mayat Rokiah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BHonline/ PressReader





Demikianlah Artikel Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali

Sekianlah artikel Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/nenek-dibunuh-ketika-solat-guna-kuali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nenek Dibunuh Ketika Solat Guna Kuali"

Catat Ulasan

Loading...