Judul : Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House
link : Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House
Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House
Walau bagaimanapun, Obama tidak memberikan sebarang ulasan mengenai penggantinya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
"Apa yang telah berlaku selepas saya pergi?” bekas Presiden Demokratik itu bertanya secara berseloroh semasa satu acara dilangsungkan di University of Chicago, tempat beliau memulakan kerjaya politiknya.
Obama, yang pernah mengajar undang-undang perlembagaan di universiti tersebut, memberi ucapan mengenai kisah beliau memulakan kerjaya sebagai penganjur program masyarakat di bandar itu.Jelas Obama, beliau telah mangambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan golongan muda melibatkan diri dalam komuniti mereka, selepas tempoh beliau menjadi presiden tamat.
Obama, telah menghabiskan sebahagian besarnya daripada kehidupannya selepas tempoh presidennya tamat, di luar mata awam.
Sepanjang kehadirannya dalam acara tersebut, Obama langsung tidak ditanya mengenai Trump dan beliau juga tidak mengambil soalan dari wartawan.
Obama berkata, ia telah lama menjadi matlamatnya untuk merapatkan jurang politik dalam negara itu.
"Ia adalah sukar untuk mencari titik persamaan kerana politik wang,” katanya.
Obama berkata, perubahan dalam cara orang menggunakan media membolehkan mereka bertutur hanya dengan mereka yang bersetuju pandangan mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House
Anda sekarang membaca artikel Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/obama-tarik-perhatian-dalam-kemunculan.html
0 Response to "Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House"
Catat Ulasan