Loading...
Judul : Pahang, Perak berkesudahan tanpa jaringan
link : Pahang, Perak berkesudahan tanpa jaringan
Pahang, Perak berkesudahan tanpa jaringan
ARKIB : 15/02/2004
PAHANG dan Perak berkesudahan seri tanpa jaringan dalam aksi pembukaan Liga Super yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Pahang menggempur kubu Perak seawal minit ke-6 hasil sepakan percuma Lucas Cominelli tetapi gagal disempurnakan oleh dua import Pahang, Jonathan Bass dan Fernando Horacio.
Perak kemudiannya bertindak balas melalui K. Nanthakumar pada minit ke-15 melalui sepakan kencang dari tengah padang tetapi berjaya ditangkap dengan kemas oleh Azmin Azram.
Fadli Shaari hampir meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-31 selepas mendapat hantaran lintang dari Hairuddin Omar dari penjuru kanan namun tandukan kencangnnya berjaya ditepis melepasi palang oleh penjaga gol Perak, Mohd. Hamsani Ahmad.
Kesilapan penjaga gol Pahang, Azmin nyaris membawa padah apabila bola yang cuba dikeluarkan dari kotak penalti terkena V. Saravanan lalu menerjah gawang, namun gol berkenaan tidak di kira oleh pengadil Subkhidin Mohd. Salleh dari Pulau Pinang kerana off-side.
Sebaik babak kedua permainan bermula, perlawanan masih kelihatan kurang bermaya walaupun kedua-dua pasukan begitu kepingin jaringan gol.
Peluang keemasan yang diperoleh oleh pemain Perak, Frank Seator terlepas selepas tandukan yang dilakukannya itu menyaksikan bola terkena palang.
Perak juga mendapat peluang terbaik kali kedua selepas bola yang dirembat kencang tersasar, sekali gus menyaksikan ribuan penyokong Kejor Yeop Kejor terus kempunan.
Perlawanan yang disaksikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah serta Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu turut meriah dengan penampilan agresif pemain di akhir perlawanan.
Namun kedua-dua pasukan itu, gagal menggunakan peluang sedia ada untuk menghasilkan gol.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2poFkCM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Pahang, Perak berkesudahan tanpa jaringan
Sekianlah artikel Pahang, Perak berkesudahan tanpa jaringan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pahang, Perak berkesudahan tanpa jaringan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pahang-perak-berkesudahan-tanpa-jaringan.html
0 Response to "Pahang, Perak berkesudahan tanpa jaringan"
Catat Ulasan