Loading...

Pahang pintas Kedah terajui Liga Super

Loading...
Pahang pintas Kedah terajui Liga Super - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang pintas Kedah terajui Liga Super, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang pintas Kedah terajui Liga Super
link : Pahang pintas Kedah terajui Liga Super

Baca juga


Pahang pintas Kedah terajui Liga Super



GHADDAR (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Pahang pada aksi Liga Super yang menyaksikan skuad Tok Gajah menang 2-1 di Kota Bharu malam tadi.

PAHANG memintas Kedah untuk menerajui Liga Super selepas berjaya menjinakkan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Kejayaan itu diraih apabila skuad Helang Merah sekadar seri 1-1 dengan kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Biarpun berkongsi 19 mata, namun skuad Tok Gajah layak meneraju liga menerusi perbezaan jaringan dengan 24 gol, manakala Helang Merah 19 jaringan.

Pada aksi malam tadi, pasukan bimbingan Dollah Salleh itu ketinggalan pada minit ke-16 hasil jaringan penyerang import tuan rumah, Mohammed Ghaddar.

Bagaimanapun, pasukan pelawat tampil garang pada babak kedua menerusi dua gol pantas hasil jaringan Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-60 sebelum penggempur sensasi, Matheus Alves menambah derita tuan rumah pada minit ke-61.

Kedah pula gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila diikat PKNS FC menerusi jaringan Lucas Sebastian Espindola pada minit ke-28 dan penyerang import Kedah, Zachary Michael Anderson menyelamatkan maruah skuad Helang Merah apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula, Selangor tidak menghadapi masalah untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Sarawak.

Gol kemenangan skuad Gergasi Merah dijaringkan oleh penyerang import, Victor Astafei pada minit ke-22 sebelum Forkey Doe menghasilkan gol kedua pada minit ke-49, manakala gol skuad Ngap Sayot pula dihasilkan menerusi Mateo Roskam pada minit ke-82

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2nX4yIo
Hakcipta terpelihara


Demikianlah Artikel Pahang pintas Kedah terajui Liga Super

Sekianlah artikel Pahang pintas Kedah terajui Liga Super kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang pintas Kedah terajui Liga Super dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pahang-pintas-kedah-terajui-liga-super.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang pintas Kedah terajui Liga Super"

Catat Ulasan

Loading...