Loading...
Judul : PAS Di Arah Lepaskan Jawatan Jika Putus Hubungannya Dengan PKR !
link : PAS Di Arah Lepaskan Jawatan Jika Putus Hubungannya Dengan PKR !
PAS Di Arah Lepaskan Jawatan Jika Putus Hubungannya Dengan PKR !
PETALING JAYA: PAS perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Selangor jika parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, kata Datuk Saifuddin Nasution.
Setiausaha Agung PKR itu berkata PAS dilihat seolah-olah menyerang parti itu semasa persidangan muktamar termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Adalah lebih baik jika mereka tidak menunggu apa-apa lagi. Penghormatan yang boleh dilakukan ahli PAS adalah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri apabila keputusan mengenainya dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, persidangan Dewan Ulama PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR tanpa perbahasan.
Saifuddin berkata beliau mengikuti persidangan itu dan tidak terkejut jika usul berkenaan diluluskan dalam persidangan tersebut.
"Apa logiknya memutuskan hubungan dengan DAP, Amanah dan kini PKR tetapi pada masa sama mereka mahu terus bersama mentadbir negeri?," soalnya.
Jika PAS keluar dari Selangor, ia akan meninggalkan kerajaan itu dengan majoriti mudah iaitu 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
PAS juga memegang beberapa jawatan exco kerajaan negeri di Selangor. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Di Arah Lepaskan Jawatan Jika Putus Hubungannya Dengan PKR !
Sekianlah artikel PAS Di Arah Lepaskan Jawatan Jika Putus Hubungannya Dengan PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Di Arah Lepaskan Jawatan Jika Putus Hubungannya Dengan PKR ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pas-di-arah-lepaskan-jawatan-jika-putus.html
0 Response to "PAS Di Arah Lepaskan Jawatan Jika Putus Hubungannya Dengan PKR !"
Catat Ulasan