Loading...

Pasukan pilihan mula tunjuk taring

Loading...
Pasukan pilihan mula tunjuk taring - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasukan pilihan mula tunjuk taring, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasukan pilihan mula tunjuk taring
link : Pasukan pilihan mula tunjuk taring

Baca juga


Pasukan pilihan mula tunjuk taring

ARKIB : 09/03/2004
PASUKAN yang menjadi pilihan untuk menguasai bola sepak Liga Super mula menunjukkan taring sebenar terutama skuad bertaraf bintang, Pahang dan Perak.
Biarpun kempen baru memasuki tiga perlawanan, Pahang yang dibarisi sebahagian besar pemain terkenal tempatan sehingga digelar `Real Madrid Malaysia', mula menunjukkan kegagahannya dengan menguasai carta liga.
Tok Gajah di tangga teratas dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri, tetapi hanya satu mata memisahkannya dengan pasukan tangga kedua, Sabah dan dua mata di depan Perak.
Berbeza dengan permulaan yang longlai, Pahang sememangnya harus berada pada kedudukan terhormat itu jika dilihat kepada barisan pemain gagah yang dimiliki.
Adanya pemain kebangsaan seperti Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah dari Perak, Irwan Fadzli Idrus (Kedah) selain pemain lama Pahang, Rosdi Talib, Azizul Kamaluddin dan dua bintang import dari Argentina, Fernando Horacio dan Lucas Ariel seharusnya menjadikan Pahang pasukan pilihan.
Tiga perlawanan sudah membuktikan kehebatan barisan Zainal Abidin Hassan itu, kecuali pertarungan dengan Perak pada perlawanan pembukaan Liga Super yang berkesudahan seri.
Sudah semestinya Pahang mahu mengekalkan rekod cemerlang mereka, selain rekod tanpa kalah yang perlu dipelihara untuk membuktikan mereka pasukan paling elit antara lapan pasukan dalam Liga Super.
Perak turut belum tewas selepas tiga perlawanan tetapi mereka tercicir dua mata di belakang Pahang, satu tangga di belakang Sabah yang mencatat dua kemenangan untuk mengumpul enam mata.
Pasukan Toni Netto baru menemui rentak sebenar, yang dibuktikan mereka ketika membenam Pulau Pinang 4-1 Sabtu lalu, selepas sekadar seri dalam dua perlawanan pertama.
Ternyata ketiadaan Indra Putra tidak menjejaskan barisan Seladang yang tambah perkasa, biarpun masih menggunakan kudrat pemain lama termasuk pemain importnya, Frank Seator yang masih berbisa.
Mungkin kehadiran semula Khalid Jamlus daripada kecederaan bakal menambah perkasa Perak untuk memberi saingan kepada Pahang.
Begitupun, buruan Pahang dan Perak nampaknya `diganggu' oleh Sabah yang mencelah antara dua pasukan itu.
Skuad Peter Butler jelas nampak berbahaya buat dua pasukan itu. Biarpun Sabah sudah mencatat kekalahan, skuad Badak berpotensi besar untuk mengecewakan mereka.
Begitu juga dengan Public Bank yang begitu liat diatasi. Tewas tipis 2-1 kepada Pahang Sabtu lalu membuktikan pasukan kelab bimbingan E. Elavarasan itu memang layak berada dalam kelompok elit ini.
Perlis bagaimanapun mula menunjukkan aksi yo-yo, termasuk Pulau Pinang dan Sarawak yang tidak menentu.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2oBeWs2
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Pasukan pilihan mula tunjuk taring

Sekianlah artikel Pasukan pilihan mula tunjuk taring kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasukan pilihan mula tunjuk taring dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pasukan-pilihan-mula-tunjuk-taring.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasukan pilihan mula tunjuk taring"

Catat Ulasan

Loading...