Loading...

Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM

Loading...
Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM
link : Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM

Baca juga


Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM

KOTA KINABALU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Kelapa Sawit Sen Fu, Tongod, Kinabatangan, Sabtu lepas, memerlukan jentera berat bagi melancarkan operasi di lokasi pencarian.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Mulliadi Al-Hamdi berkata menerusi penelitian anggota bertugas, jentera berat amat diperlukan bagi mengangkat kayu balak yang hanyut serta struktur binaan rumah pekerja ladang terbabit yang ranap dalam kejadian itu.

Menurutnya, pasukan SAR daripada APM turut menghadapi cabaran berikutan keadaan cuaca hujan renyai dan terpaksa berjalan kaki sejauh tujuh kilometer ke lokasi kejadian dengan beberapa jalan penghubung mengalami kerosakan teruk.

“Selain jentera berat, khidmat Canine (anjing) atau K-9 juga amat diperlukan sebagai alternatif bagi melancaran operasi SAR. Ia bagi mengesan mangsa yang dipercayai tersepit atau terperangkap di bawah timbunan kayu, pokok dan struktur binaan rumah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Mulliadi berkata sebanyak lima anggota APM Keningau terlibat dalam operasi SAR bagi membantu pasukan penyelamat lain menjalankan operasi itu yang masuk hari ketiga hari ini.

Dalam kejadian pada 1 April, sebuah rumah pekerja ladang dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat pada hari sebelumnya.

Sebanyak empat daripada 11 penghuni rumah itu selamat manakala tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak masih belum ditemui dan dikhuatiri tertimbus atau hanyut dibawa arus sungai berhampiran.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ovSiSt

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//


Demikianlah Artikel Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM

Sekianlah artikel Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pasukan-sar-perlu-jentera-berat-kesan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasukan SAR Perlu Jentera Berat Kesan Mangsa Hilang – APM"

Catat Ulasan

Loading...