Loading...

Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap

Loading...
Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap
link : Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap

Baca juga


Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap


Seorang pekerja ladang warga tempatan mati dibunuh rakan sekerjanya dalam perselisihan faham selepas ditegur kerana masakannya tidak sedap dan disediakan dalam keadaan tidak bersih.

Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zuhdin Mahmud berkata dalam kejadian pukul 9.05 pagi semalam, lelaki yang berusia 59 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan pintu rumah pekerja Ladang Estate Belenggu Hall, Mentakab, di sini.

Katanya, siasatan mendapati mangsa telah berselisih faham dan bergaduh dengan seorang lagi pekerja ladang lelaki berusia 35 tahun pada 10 malam, Ahad lepas yang tidak berpuas hati dengan masakan mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa patah 9 tulang rusuk kiri, 11 tulang rusuk kanan, retak tulang hidung dan tulang rahang, luka di tapak tangan kanan, patah tulang tangan kiri dan mengalami pendarahan dalam kepala, katanya.

Suspek dipercayai ditendang, dipukul dengan kayu dan diserang menggunakan parang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zuhdin berkata polis berjaya menahan suspek yang juga warga tempatan pada pukul 11 pagi semalam, di ladang berkenaan dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah dan jenayah.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap

Sekianlah artikel Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pekerja-ladang-dibunuh-kerana-masakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pekerja Ladang Dibunuh Kerana Masakan Tak Sedap"

Catat Ulasan

Loading...