Loading...
Judul : Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan
link : Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan
Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menekankan aspek kecergasan seseorang pemain sebelum dibenarkan mewakili negara dalam mana-mana kejohanan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya telah mencapai persetujuan dengan BAM di mana sistem pemilihan pemain dibuat berdasarkan kepada keputusan ujian kecergasan.
“Faktor usia tidak menjadi penghalang, sebab kalau tengok (Datuk Lee) Chong Wei, dia masih lagi mempunyai antara tahap kecergasan yang paling tinggi.
“Jadi bagi saya, kalau mereka masih nak main, mereka mesti beri fokus pada kecergasan,” katanya kepada media selepas merasmikan Dewan Persatuan Badminton Melayu Negeri Sembilan (PBMNS) dan Kejohanan Tertutup PBMNS, di Senawang, dekat sini, hari ini.
Katanya, jika pemain tidak melepasi tahap kecergasan yang ditetapkan, mereka tidak akan dipilih mewakili negara bagi kejohanan-kejohanan tertentu.
Khairy mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, yang juga presiden baharu BAM, yang menyebut dua pemain perseorangan lelaki dan dua beregu wanita berdepan penggantungan tiga kejohanan berikutan gagal ujian kecergasan fizikal kendalian BAM.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PBMNS, Zainal Nasir berkata seramai 227 pemain bertanding dalam kejohanan tertutup itu melibatkan kategori beregu lelaki dan wanita, beregu veteran, perseorangan lelaki bawah 12 dan 15 tahun.
Katanya, pertandingan tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak Melayu di negeri itu. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qlizB0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan
Sekianlah artikel Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pemain-badminton-perlu-pentingkan-aspek.html
0 Response to "Pemain Badminton Perlu Pentingkan Aspek Kecergasan"
Catat Ulasan