Loading...

Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah

Loading...
Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah
link : Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah

Baca juga


Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah


JOHOR BAHRU – Pembantu warden sebuah madrasah tahfiz dekat Kota Tinggi yang kini direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes pukul pelajar madrasah tersebut memiliki satu rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ACP Rahmat Othman berkata lelaki berumur 29 tahun dan masih bujang itu pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan dipenjara 30 bulan.

“Berdasarkan siasatan, kita dapati pembantu warden itu mempunyai rekod jenayah bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Dia dijatuhi hukuman penjara 30 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 22 Mei 2014,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rahmat berkata, pihak polis setakat ini sudah merekodkan keterangan daripada pengetua, kakitangan sekolah dan rakan pelajar itu di madrasah berkenaan.

Pembantu warden tersebut ditahan polis kira-kira 4 petang semalam di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, di sini, selepas ibu pelajar tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian pukul berkenaan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat, dilaporkan berkata pelajar tersebut Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, terpaksa dipotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian lain tubuh badan namun pelajar itu kemudian disahkan koma.

Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas dipercayai mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas akibat dipukul oleh pembantu warden. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah

Sekianlah artikel Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pembantu-warden-pukul-pelajar-miliki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah"

Catat Ulasan

Loading...