Loading...

Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor

Loading...
Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor
link : Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor

Baca juga


Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor



SEJAK kebelakangan ini isu penderaan di pusat penjagaan kanak-kanak sering kali dilaporkan dan menimbulkan kebimbangan masyarakat terutamanya ibu bapa.

Terbaru, tersebarnya sebuah video pengasuh yang bertindak kejam dan ‘ganas’ terhadap kanak-kanak yang berada di sebuah taska dipercayai di Sepang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik Ziera Shammudiin di Facebook, jelas memaparkan dua situasi membabitkan dua pengasuh berbeza melayan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka.

Dalam video berdurasi 1 minit 49 saat itu, kelihatan seorang pengasuh mendukung seorang kanak-kanak yang dipercayai berusia lingkungan dua tahun dan menghempasnya ke tilam hingga kanak-kanak itu menangis.

Pengasuh itu kemudian menolak kepalanya dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan cara yang tidak sepatutnya dan meletak mangsa di luar bersama rakan-rakannya yang lain.

Dalam kejadian kedua, seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja terbaling mainan sehingga terkena kaki pengasuh menyebabkan wanita itu berang lalu baling mainan itu sebelum angkat dan campaknya ke dalam bilik sehingga terkena mainan di lantai.

Jelas kelihatan, beberapa individu yang berada dalam video berkenaan hanya melihat ‘gelagat’ kedua-dua pengasuh itu tanpa menghalang mereka daripada terus bertindak kejam.

Difahamkan, susulan kejadian yang berlaku pada 31 Mac lalu, pengasuh dan pemilik taska berkenaan bagaimanapun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Perkongsian video itu mendapat perhatian netizen yang mahukan semua pengusaha taska memasang kamera litar tertutup bagi memantau keadaan dalam taska berikutan sudah banyak kes seumpama ini berlaku. 


Sumber : Friscomedia


Demikianlah Artikel Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor

Sekianlah artikel Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pengasuh-mengganas-campak-anak-jagaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan di Selangor"

Catat Ulasan

Loading...