Loading...

Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan

Loading...
Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan
link : Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan

Baca juga


Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan

DEMAM filem ‘Kabali’ lakonan lagenda filem Tamil, Rajinikanth, melanda negara ini pada Julai tahun lalu selepas kejayaan pembikinan filem itu di beberapa lokasi di Malaysia.

Kabali, filem mob gengster arahan P. Ranjith itu, yang turut dibintangi oleh aktor popular Hong Kong, Winston Chao, ditayangkan di pawangan seluruh dunia dengan mencatatkan kutipan lebih RM388 juta.

Filem Kabali menggamit perhatian rakyat Malaysia apabila ia menampilkan pelakon tempatan terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim.

Selepas fenomena itu, kini ada ura-ura bahawa sekuel filem Kabali akan kembali semula di layar perak tidak lama lagi.

Penerbit bersama filem itu, Datuk Abdul Malik Dashtigeer memberitahu Bernama bahawqa beliau bersedia bekerjasama untuk menjadikan realiti penggambaran sekuel filem Kabali itu dibuat di Malaysia seperti yang diidamkan ramai peminat Rajinikanth di sini.

Beliau berkata skrip sekuel filem itu kini dalam perbincangan dan berkemungkinan pengambaran filem itu akan dimulakan tahun ini.

“Kita sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pengarah Ranjith, termasuk menyediakan semua kemudahan untuk penggambaran sekuel filem Kabali,” katanya baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan rasmi ke India baru-baru ini telah bertemu Rajnikanth di Chennai pada 31 Mac lepas dan telah mempelawa bintang filem Tamil itu untuk membuat penggambaran sekuel filem Kabali di Malaysia.

Kabali, yang merupakan filem berbahasa Tamil, memaparkan kisah kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di Malaysia dan versi bahasa Malaysia filem itu turut ditayangkan di Malaysia pada tahun lepas.

Filem ke-159 lakonan ‘Superstar’ itu menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Carey, Banting serta Bangkok dan Hong Kong.  

Mengulas langkah kerajaan membuka pintu kepada industri perfileman India menjadikan Malaysia antara lokasi pembikinan filem dan siri drama televisyen, Abdul Malik berkata ia akan menggalakkan banyak penerbit dari negara itu untuk membuat penggambaran di negara ini.

India, yang menerima jolokan ‘Bollywood Kollywood’, merupakan pengeluar filem terbesar dunia de­ngan lebih 1,000 judul filem dihasilkan setiap tahun.

Selain itu, katanya, tawaran Malaysia itu akan menggalakan pelancong India serta negara lain untuk datang ke Malaysia, hasil pengaruh penggambaran filem Tamil di sini yang bukan sahaja ditayangkan di India tapi juga di seluruh dunia.

Najib semasa melawat Chennai, bandar raya di selatan India, turut mengumumkan Malaysia bersedia menawarkan insentif kepada penggiat industri hiburan India.

Abdul Malik, yang juga merupakan penerbit dan pengeluar beberapa filem Tamil,  berkata setakat ini terdapat empat filem Tamil dari India akan menjalani sesi penggambaran di Malaysia pada tahun ini.

The post Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ojwqsM

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan

Sekianlah artikel Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/penggambaran-sekuel-kabali-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penggambaran sekuel Kabali dalam perancangan"

Catat Ulasan

Loading...