Loading...

Percubaan terbaru Zarif

Loading...
Percubaan terbaru Zarif - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Percubaan terbaru Zarif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Percubaan terbaru Zarif
link : Percubaan terbaru Zarif

Baca juga


Percubaan terbaru Zarif

Sesudah tiga tahun meninggalkan program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014), perjalanan karier penyanyi dan pelakon, Zarif Kamil sedikit perlahan berbanding rakan seangkatan lain.

Pernah juga timbul rasa kecewa dan berputus asa namun semuanya dipadam dengan semangatnya untuk terus berusaha serta mencabar diri sendiri.

“Bohonglah kalau saya katakan tidak pernah rasa putus asa namun ia tidak dibiarkan lama kerana kalau ada perasaan sebegitu, cepat-cepat fikir semula mengenai usaha saya.

“Kalau lakukan kerja lain selain berkaitan muzik, hati saya seperti tidak tenang. Jadi, saya terus bina semangat untuk hasilkan lagu dan berkarya,” katanya kepada BLING!

Kata penyanyi berusia 29 tahun ini lagi, dia juga sentiasa berbalik kepada niat asalnya ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dalam industri.

“Saya mahu ada karya tersendiri dan nak orang tahu mengenainya. Saya cuba sesuaikan karya yang dihasilkan dengan kehendak peminat.

“Ini penting kerana tak mahu apa yang saya hasilkan hanya karya yang akan digelar ‘syok sendiri’ kerana sebagai anak seni, kita berkarya untuk semua,” jelasnya.

Namun, saya masih mencari karya yang bersesuaian untuk dijadikan lagu.

Buat masa ini, Zarif tampil dengan lagu terbaru berjudul Khalisya.

“Khalisya adalah percubaan ketiga saya dan dicipta oleh Gjie 6ixth Sense dan Iman Imran.

“Alhamdulillah, ia sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio online dan saya sendiri pun kini giat mempromosikan lagu baru ini,” kata Zarif.

Sebelum ini, Zarif pernah muncul dengan dua lagu iaitu Kau Bernama Cinta dan Aku Dan Dia. Semua lagunya berkonsepkan rock balada.

“Rock adalah muzik yang selalu saya dengar ketika membesar dan memang sudah sebati dengan jiwa saya.

“Saya pernah menyimpan impian untuk masuk ke dalam industri ketika zaman kegemilangan band seperti OAG dan Flop Poppy,” katanya.

Ditanya mengenai harapannya kepada industri seni muzik tanah air, Zarif sentiasa mahukan industri yang berkualiti.

“Saya harap, industri muzik kita akan menjadi semakin berkualiti, seiring peredaran masa. Bukan hanya muzik, tapi juga industri seni lakon dan yang lain.

“Untuk artis baru seperti saya, karya yang berkualiti sangat membantu perkembangan kerjaya kerana banyak perkara boleh dipelajari daripadanya,” katanya.

Terbaru, Zarif kini bergelar hos program dokumentari, Jelajah Sejarah Melayu yang akan disiarkan di RTM.

The post Percubaan terbaru Zarif appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oDp0xz

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Percubaan terbaru Zarif

Sekianlah artikel Percubaan terbaru Zarif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Percubaan terbaru Zarif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/percubaan-terbaru-zarif.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Percubaan terbaru Zarif"

Catat Ulasan

Loading...