Loading...

PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" !

Loading...
PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" !
link : PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" !

Baca juga


PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" !

KUALA LUMPUR: Sementara tumpuan arena politik bertumpu kepada pendirian Muktamar PAS akhir bulan ini, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad meminta Pakatan Harapan “jangan buang masa” memenangi hati bekas sekutu mereka.
“Kita perlu ada maruah. Kalau kita cuba menangi hati bekas kawan kita, orang akan fikir kita tidak ada pendirian,” kata beliau tanpa menamakan mana-mana parti secara khusus.
Pun begitu beliau dilihat seccara langsung merujuk kepada PAS. Kini, Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat tidak dianggotai oleh PAS. Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Melayu Bersatu.
“Banyak dilaporkan bekas kawan kita tidak lagi mahu bersama dengan DAP atau PKR. Jadi apa lagi yang kita tunggu? Kita perlu tegas dan bergerak ke depan.”
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan 2017 di Cheras hari ini.
Menuju PRU-14, spekulasi kuat mengatakan PAS akan bekerjasama dengan BN, terutamanya melihat kepada kesediaan Umno bekerjasama dengan PAS dalam usul presidenya yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Kedua-dua parti Melayu utama itu juga berkongsi pentas dalam beberapa isu melibatkan orang Islam, seperti penindasan etnik Rohingya di Myanmar.
Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng pada 22 Mac lalu menjangkakan PAS akan bersama rancangan “BN + 1” pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Hadi pada 25 Mac mengatakan PAS tidak akan bersama BN atau Pakatan Harapan kerana percanggahan prinsip, memberi petanda ia akan menyertai Pilihan Raya Umum kr-14 (PRU-14) secara bersendirian.
Sejak beberapa bulan lalu, sebilangan bahagian PAS di serata negara meluluskan usul menggesa kepimpinan parti memutuskan hubungan dengan PKR.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, nasib kerjasama PAS-PKR akan ditentukan pada muktamar parti pada 28 April-1 Mei di Kota Sarang Semut, Kedah.
Mursyidul Am Majlis Syura Ulama PAS, Hashim Jasin sebelum ini pernah berkata pihaknya akan membuat keputusan sama ada PAS perlu memutuskan hubungannya dengan PKR atau sebaliknya.
Beliau berkata, walaupun Muktamar Agung PAS penghujung bulan ini akan memutuskan kata sepakat daripada perwakilan mengenai perkara tersebut, namun ia mesti mendapat keputusan majlis berkenaan selepas itu.
PAS ada garis panduannya untuk memutuskan sebarang keputusan untuk berkawan dengan siapa, mahu berlawan dengan siapa ataupun mahu berkecuali untuk berkawan, kata beliau.
“Majlis Syura yang akhirnya akan membuat penilaian dan menilai sama ada menerima atau tidak apa-apa ketetapan daripada muktamar nanti.” #sumber


Demikianlah Artikel PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" !

Sekianlah artikel PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pkr-wilayah-ph-janganlah-buang-masa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Wilayah: PH Janganlah Buang Masa, Pikat Hati "Bekas Kawan" !"

Catat Ulasan

Loading...