Loading...

Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan

Loading...
Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan
link : Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan

Baca juga


Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan


SIBU – Polis membuat kepungan sejak tengah hari semalam di tapak di mana beberapa kontena kepak ayam sejuk beku dilupuskan dan ditanam oleh pihak berkuasa pada Jumaat lepas.

Anggota polis juga diletakkan berkawal di tempat masuk kawasan itu bagi menghalang oramg awam daripada cuba memasukinya.

Tinjauan Bernama di tapak pelupusan kepak ayam itu mendapati bau busuk boleh dihidu dari tempat kepak ayam tersebut ditanam.

“Tiada siapa yang datang ke sini hari ini dan jika mereka datang, kami terpaksa mengarahkan mereka meninggalkan tempat ini,” kata salah seorang daripada dua anggota polis yang berkawal di sini.

Sementara itu, satu mesyuarat tergempar mengenai perkara itu diadakan di pejabat Kastam Diraja Malaysia di Jalan Deshon di sini pagi tadi, dihadiri oleh pegawai daripada jabatan berkaitan termasuk Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr. Muhamad Rais Abdullah.

Bagaimanapun, tiada siapa yang ingin membuka mulut kepada wartawan mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Wartawan yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara itu diberitahu bahawa Pengarah Kastam negeri, Ahmad Ji akan datang ke sini dan dijangka mengadakan satu sidang media pagi esok.

Apabila berita mengenai pelupusan kepak ayam itu tersebar dalam kalangan penduduk tempatan, ramai datang ke tapak itu semalam untuk menggali keluar kepak ayam yang ditanam tanpa menghiraukan kemungkinan anggota ayam itu berbahaya kepada kesihatan mereka.

Difahamkan kepak ayam itu yang dirampas oleh Unit Penguat Kuasa Kastam di Pelabuhan Sibu Rajang, berasal dari Belanda.

Semakan menerusi laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati Malaysia telah mengeluarkan larangan pada 30 November tahun lepas terhadap import sebarang unggas dari Belanda berikutan penularan Selesema Burung Patogen Tinggi di dalam negara Kesatuan Eropah itu. – BERNAMA



Demikianlah Artikel Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan

Sekianlah artikel Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/polis-kepung-tempat-kepak-ayam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan"

Catat Ulasan

Loading...