Loading...

Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’

Loading...
Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’ - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’
link : Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’

Baca juga


Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’


IPOH ― Meskipun pihak MCA Bahagian Taiping sudah memohon maaf secara terbuka, polis tetap menjalankan siasatan terhadap kes kain rentang yang dieja ‘perbatalan’ Yang di-Pertuan Agong.

Kain rentang berlatar belakang warna kuning sempena hari pertabalan Sultan Muhammad V yang dipasang di bangunan MCA bahagian itu menjadi tular baru-baru ini ekoran kesilapan ejaan daripada sepatutnya ‘pertabalan’.

Polis Perak berkata, ​walaupun pemilik kain rentang itu telah pun menukar perkataan silap tersebut, pihaknya tetap meneruskan siasatan, lapor agensi berita tempatan Bernama.

“Siasatan tersebut ialah bagi mengenal pasti sama ada maksud bagi perkataan itu memang disengajakan atau pun tidak,” kata pemangku ketua polis negeri, Datuk Hasnan Hassan.

Beliau malahan menjelaskan bahawa: “Sekiranya ia adalah disengajakan, kes ini adalah amat serius kerana ia boleh menyebabkan keselamatan anggota masyarakat terancam.”

Isnin lalu, pihak MCA Taiping memohon maaf atas kesilapan ejaan pada kain rentang ucapan sembah tahniah sempena pertabalan baginda, lapor portal Harian Metro.

Ketuanya, Ang Sui Eng dilaporkan turut mengakui kesilapan ejaan perkataan “pertabalan” pada kain rentang terbabit dan sehera menggantikan kain baharu kelmarin.

Tambahnya, kain rentang tersebut sudah dipasang selama seminggu tanpa mereka menyedari adanya kesilapan tersebut ― di bahagian bawah yang saiz hurufnya lebih kecil.

“Kesilapan itu hanya disedari 9 pagi [Isnin] dan kami terus menghubungi pihak yang buat kain rentang itu untuk turun dan ganti dengan yang baru serta tiada kesilapan,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Demikianlah Artikel Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’

Sekianlah artikel Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/polis-tetap-siasat-kes-mca-taiping.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’"

Catat Ulasan

Loading...