Loading...

PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin

Loading...
PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin
link : PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin

Baca juga


PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin




Pas menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini sebagai paling sengit dalam sejarah perjuangannya.

Ini kerana, menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Pas akan berdepan dengan parti yang menganggap diri mereka gagah dan perkasa.

Katanya, Pas tidak gentar dengan apa bentuk ugutan sekalipun kerana dalam usia perjuangan mencecah 66 tahun, parti itu mempunyai kekuatan sendiri.

“Tumpuan utama muktamar kali ini perbincangan mengenai PRU, yang kita sifatkan sebagai paling sengit dalam sejarah.

“Saya berharap perwakilan memberi tumpuan kepada muhasabah diri, selain memberi idea dan cadangan yang tuntas untuk menggerakkan bahtera parti bersama blok ketiga, Gagasan Sejahtera (GS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan Pas kali Ke-63 di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut dekat sini, hari ini.

Muktamar dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Takiyuddin, ada parti tertentu mendakwa memperjuangkan Islam cuba memperkecilkan Pas.

Sedangkan, kata beliau, Pas adalah satu-satunya parti yang berdaftar atas nama Islam di negara ini yang mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Meskipun Pas dan blok ketiga sering dianggap kerdil oleh sesetengah pihak, kita tetap teruskan perjuangan menghadapi kumpulan yang kononnya menganggap diri mereka gagah dan perkasa.

“Dengan bantuan Allah, insha-Allah kita akan berjaya,” ujar beliau.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memberitahu, kemenangan Pas di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada PRU sebelum ini meletakkan Pas setaraf dengan parti yang memerintah negara.

Katanya, pada usia 66 tahun, Pas sudah stabil dan matang dalam perjuangan sehingga dapat melangsungkan muktamar tanpa sebarang gangguan walaupun parti lain berdepan dengan kemaslahatan untuk mengadakan konvensyen masing-masing.

“Kita ambil langkah teruskan muktamar meskipun parti lain menangguhkan persidangan mereka. Bagi kita, kejayaan ini berpunca daripada jemaah kita yang kuat,” katanya. – MalaysiaGazette

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2puZazN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin

Sekianlah artikel PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pru14-paling-sengit-dalam-sejarah-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Pas – Takiyuddin"

Catat Ulasan

Loading...