Loading...

Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan

Loading...
Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan
link : Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan

Baca juga


Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan


BAGAN DATUK: Pesakit yang mempunyai ubat dari klinik atau hospital kerajaan tetapi tidak menggunakannya dinasihat agar mengembalikanya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pesakit boleh membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semula preskripsi dan memberi ubat yang lain.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada pegawai perubatan dan ahli farmasi supaya mereka memberi nasihat yang sewajarnya kepada pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan.

"Kementerian Kesihatan memandang serius tindakan sesetengah pesakit di negara ini yang tidak menggunakan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik atau hospital kerajaan.

"Ia merupakan satu pembaziran kerana ubat-ubatan itu bukan sahaja berkualiti tetapi ia dibeli dengan peruntukan yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Ziarah Kasih Sayang Pelatih Paramedik Masuk Kampung dan ''Food Fit Fun Fair'' di Sungai Sumun di sini Sabtu.

Dr Hilmi berkata tahun lepas, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.2 bilion untuk membeli ubat-ubatan asli dan generik.

"Selain mengelakkan pembaziran, kita tidak mahu ubat-ubatan yang tidak digunakan itu membahayakan nyawa terutama kanak-kanak jika mereka termakan ubat berkenaan," katanya.

Beliau menarik perhatian apabila berkata pihaknya mendapat maklumat terdapat pesakit yang membuang ubat-ubatan di luar pagar klinik atau hospital kerana mereka berjumpa doktor semata-mata untuk mendapatkan sijil cuti sakit sahaja.

Mengenai program hari ini, Dr Hilmi berkata 380 pelatih daripada Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ipoh; Hospital Sungai Buloh dan Kolej Pergigian Pulau Pinang terlibat.
Beliau berkata kesemua pelatih berkenaan telah memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada kira-kira 1,500 penduduk daripada 37 kampung di sekitar kawasan Bagan Datuk.

"Ini merupakan program ketiga yang dianjurkan selepas Balik Pulau di Pulau Pinang dan Pekan, Pahang dan selepas ini kita akan meneruskan program sebegini di Muar, Johor," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan

Sekianlah artikel Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pulangkanlah-ubat-kepada-klinik-atau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pulangkanlah Ubat Kepada Klinik Atau Hospital Kerajaan Jika Tak Di Gunakan"

Catat Ulasan

Loading...