Loading...

Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal

Loading...
Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal
link : Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal

Baca juga


Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal

SIBU: Ramai penumpang yang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Sibu ke destinasi lain mendakwa mereka tidak mengetahui mengenai pembatalan semua penerbangan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati mereka hanya mengetahui mengenai pembatalan penerbangan sebaik tiba di lapangan terbang.

Berikutan itu ada yang meminda penerbangan kepada hari esok manakala ada yang mengambil keputusan berlepas daripada Lapangan Terbang Bintulu serta menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk meneruskan perjalanan mereka.

Tinjauan juga mendapati penumpang berbaris panjang di kaunter pendaftaran syarikat AirAsia Berhad dan pejabat Malaysia Airport Berhad untuk mengetahui perkara pembatalan itu.

Pihak Malaysia Airport Berhad didapati ada membuat pengumuman berhubung pembatalan penerbangan.

“Saya baru tiba (di lapangan terbang), saya tidak tahu. Saya akan tanya dengan kaunter pendaftaran apa tindakan selanjutnya yang perlu saya lakukan,” kata seorang penumpang yang mahu ke Kota Kinabalu, Norul Mat.

Sujanah Jangbon, 52, yang mahu menghantar anaknya kembali ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata sekiranya tidak ada penerbangan langsung hari ini, beliau tidak ada pilihan melainkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke Kuching malam ini.

Seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam di Melaka, Vincent Kiu, 22, berkata beliau akan menukarkan penerbangannya ke esok kerana beliau tidak perlu bergegas untuk kembali ke kampus.

Pembatalan melibatkan 48 penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas hari ini.

Ia melibatkan 28 penerbangan MASwings, AirAsia (16) dan Malaysia Airlines (empat).

Pembatalan penerbangan dibuat susulan kejadian sebuah pesawat MH2718 Malaysia Airlines tergelincir dari landasan 10.17 malam tadi.

BACA: Pesawat Malaysia Airlines MH2718 tergelincir di lapangan terbang Sibu

BACA: Pesawat tergelincir: Lapangan Terbang Sibu ditutup sementara

Pesawat Boeing 737 dari Kuala Lumpur yang mendarat di Sibu itu yang membawa 69 penumpang termasuk krew tergelincir dari landasan kira-kira 1,200 meter dari tempat pendaratan semasa membuat pendaratan dalam hujan lebat.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ntn8vu

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal

Sekianlah artikel Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/ramai-tidak-tahu-penerbangan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramai Tidak Tahu Penerbangan Di Lapangan Terbang Sibu Dibatal"

Catat Ulasan

Loading...