Loading...

Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya

Loading...
Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya
link : Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya

Baca juga


Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya


DIA mungkin seorang chef selebriti antarabangsa yang kaya-raya namun Gordon Ramsay berikrar untuk tidak memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan.

Walaupun mempunyai harta kekayaan bernilai kira-kira £113 juta (RM 623 juta), Ramsay, 50, memberitahu The Telegraph bahawa dia tidak akan membahagikan jumlah itu sama rata di antara anak-anaknya.

Sebaliknya, dia dan isteri, Tana Ramsay, bersetuju untuk menanggung cuma 25 peratus daripada kos bayaran muka apartmen anak-anak mereka. Itu sahaja!

“Harta saya sudah tentu tidak akan diwarisi kepada mereka, dan saya bukan mahu menjadi kejam: saya cuma tidak mahu mereka terlalu dimanjakan,” kata Ramsay kepada akhbar tersebut.


Bukan sahaja itu, malah Ramsay juga meletakkan anak-anaknya– Matilda, 15, kembar Jack dan Holly, 17, dan Megan, 18, – di dalam penerbangan kelas ekonomi manakala dia dan isterinya duduk selesa di kelas pertama.

Berpendapat anak-anaknya “tidak pernah bekerja keras langsung untuk melayakkan mereka dimanjakan dengan kemewahan”, personaliti televisyen itu turut menambah: “Saya dan isteri masuk ke bahagian kelas pertama manakala anak-anak kami masuk ke pintu lain, dan setiap kali saya akan pesan kepada ketua pramugari yang bertugas,’pastikan budak-budak tu tak cari kami langsung, saya mahu berehat dalam kapal terbang ni.’

“Anda akan lebih menghargai sesuatu jika anda bekerja keras untuk mendapatkannya,” jelas Ramsay lagi.

Mahu mengajar anak-anaknya berjimat-cermat, Ramsay beri tiga anak-anaknya yang masih bersekolah duit poket £50 (RM275.66) sahaja seminggu, termasuk tambang bas dan belanja telefon bimbit mereka.

Anak sulungnya, Megan, yang kini belajar di universiti pula hanya diberikan belanja mingguan £100 (RM 551.32).

Senario ini amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan sesetengah artis tempatan yang terlalu memanjakan anak mereka dengan wang ringgit, walaupun jelas dan nyata Ramsay berkali-kali ganda lebih filthy rich! – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya

Sekianlah artikel Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/ramsay-takkan-warisi-harta-rm623j-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramsay Takkan Warisi Harta RM623j Pada Anaknya"

Catat Ulasan

Loading...