Loading...
Judul : Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat
link : Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat
Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat
BULACAN – FILIPINA. Seorang ratu cantik negara itu ditembak mati selepas membuka pintu untuk menerima jambangan bunga dan coklat.
Mary Christine Balagtas, 23, ditembak di bahagian kepala sejurus selepas membuka pintu kepada dua lelaki yang menghantarkan hadiah tersebut.
Portal antarabangsa, Metro.co.uk melaporkan, kedua suspek lari meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas melepaskan tembakan.
Christine pada mulanya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, bagaimanapun meninggal dunia di dalam ambulans sebelum sempat tiba di pusat rawatan.
Superintendan, Julio Lizardo berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar serangan.
“Buat masa sekarang, kami sedang mendapatkan petunjuk yang ada dalam kes ini. Kami juga menyiasat lelaki yang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.
“Kami percaya serangan dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak kami turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya lagi. - MYNEWSHUB
Demikianlah Artikel Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat
Sekianlah artikel Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/ratu-cantik-ditembak-mati-selepas.html
0 Response to "Ratu Cantik Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat"
Catat Ulasan