Loading...
Judul : Remaja Baling Batu Ke Arah Kenderaan Di Lebuh Raya Kena Cekup
link : Remaja Baling Batu Ke Arah Kenderaan Di Lebuh Raya Kena Cekup
Remaja Baling Batu Ke Arah Kenderaan Di Lebuh Raya Kena Cekup
SUNGAI PETANI 5 April - Polis menahan empat remaja dipercayai membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 96.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Sungai Lalang ke Gurun dekat sini semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, remaja berkenaan dipercayai bersembunyi di bawah jejantas di laluan berkenaan sebelum bertindak membaling batu ke arah kenderaan yang lalu di lebuh raya itu.
Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, perbuatan remaja berkenaan masing-masing berusia 14 tahun dan masih bersekolah itu disedari orang awam yang lalu di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada peronda lebuh raya.
“Maklumat diterima daripada orang awam yang memaklumkan kepada pihak peronda arah selatan ada kejadian membaling batu ke arah kenderaan.
“Mereka kemudian menahan di tempat kejadian empat suspek dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, “ katanya di sini hari ini.
Katanya, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa yang terkena balingan batu berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.- Utusan Online
Demikianlah Artikel Remaja Baling Batu Ke Arah Kenderaan Di Lebuh Raya Kena Cekup
Sekianlah artikel Remaja Baling Batu Ke Arah Kenderaan Di Lebuh Raya Kena Cekup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja Baling Batu Ke Arah Kenderaan Di Lebuh Raya Kena Cekup dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/remaja-baling-batu-ke-arah-kenderaan-di.html
0 Response to "Remaja Baling Batu Ke Arah Kenderaan Di Lebuh Raya Kena Cekup"
Catat Ulasan