Loading...

Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar

Loading...
Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar
link : Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar

Baca juga


Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan berusaha memastikan tanah milik masyarakat Melayu di pusat-pusat bandar di negeri ini akan kekal dalam pemilikan mereka dan waris mereka.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata tanah itu kini kebanyakannya sudah bertukar tangan yang menyebabkan masyarakat itu kehilangan tanah bernilai tinggi dan peluang pelaburan.

“Saya mahu membantu masyarakat ini supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi. Sementara masyarakat Bumiputera lain seperti Iban, Bidayuh mempunyai Tanah Adat (NCR), masyarakat Melayu hanya mempunyai tanah di kawasan bandar dan subbandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan upacara pecah tanah projek pembangunan Hikmah Exchange, iaitu bangunan komersial setinggi 22 tingkat dilengkapi ruang pejabat dan pusat konvensyen di Jalan Haji Taha di sini, hari ini.

Projek membabitkan kos lebih RM300 juta di tapak seluas 1.47 hektar itu milik Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak (YHBS).

Ia akan dibangunkan oleh Permodalan Satok Berhad dengan kerjasama Majlis Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah (Hikmah), Pelita Holdings Sdn Bhd dan Faradale Development Sdn. Bhd.

Projek itu dijadual siap pada Oktober 2020.

Abang Johari berkata beliau akan mengkaji pendekatan sesuai untuk membantu masyarakat Melayu membangunkan tanah mereka di bandar bagi membolehkan ia terus terpelihara dan pada masa sama membantu mereka melakukan pelaburan yang baik.

Mengenai projek Hikmah Exchange, beliau berkata ia akan menjadi mercu tanda baharu di bandaraya ini dan kebanggaan masyarakat Melayu.

Katanya ia akan menjadi bangunan pintar atau digital pertama di negeri ini dengan bantuan Telekom Malaysia Berhad.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nL7WoD

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar

Sekianlah artikel Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/sarawak-akan-pastikan-masyarakat-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sarawak Akan Pastikan Masyarakat Melayu Kekal Miliki Tanah Mereka Di Pusat Bandar"

Catat Ulasan

Loading...