Loading...

Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang

Loading...
Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang
link : Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang

Baca juga


Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang


ALOR SETAR: Selepas penemuan makan Sultan Kedah ke-14, Sultan Muhyiddin Mansur Shah bulan lepas, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menemui pula satu lagi makam berusia 330 tahun, dipercayai milik Sultan Kedah ke-16, Sultan Ataullah Muhammad Syah II di Bukit Pinang dekat sini.

Sembilan buah kubur bersama batu nisan itu ditemui ahli PSMCK, Zamri Abd Wahab, pada 23 Mac lepas dan ia terletak betul-betul di tepi sungai di Kampung Bukit Pinang dekat sini.

Kesemua makam tersebut yang tersusun rapi dalam satu barisan, seolah-olah dipayungi oleh pokok buluh yang merimbun di kawasan berkenaan, menurut pengamatan wartawan Bernama sendiri yang berkesempatan ke lokasi penemuan.

Ketua Biro Penerbitan dan Pemasaran yang juga Pengarang Kehormat PSMCK, Dr Ibrahim Bakar berkata, kesemua ukiran nisan berkenaan menunjukkan ia berasal dari Acheh, Indonesia dan kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja.

"Malah melihat kepada reka bentuk nisan ini, ia sangat menyerupai batu nisan yang kita temui pada makam Sultan Kedah ke-14 Sultan Muhyiddin Mansur Syah baru-baru ini di Kampung Chegar, Tunjang," katanya.

Menurutnya, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah karya Muhammad Hassan Muhammad Arshad pada 1928 ada menceritakan mengenai tiga Sultan Kedah yang bersemayam di Bukit Pinang iaitu Sultan Ataullah (1687-1698), Sultan Abdullah Muadzam Shah (1698-1706) dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706-1709).

Bagaimanapun, setelah mangkat, hanya Sultan Abdullah dan Sultan Ahmad Tajuddin sahaja dimakamkan di Makam Diraja Langgar, manakala Sultan Ataullah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Pinang namun makam itu tidak ditemui sehingga hari ini.

"Justeru, kami berpandangan bahawa makam yang ditemui ini berkemungkinan besar makam Sultan Ataullah dan kerabat dirajanya," katanya kepada Bernama.

Zamri pula berkata, turut ditemui tidak sampai 100 meter dari makam berkenaan ialah satu unjuran tanah tinggi kira-kira 2.43 meter yang dipercayai merupakan sebahagian daripada kota pemerintahan yang tertinggal di situ.

"Biasanya tanah yang ditinggikan ini berfungsi sebagai benteng pertahanan daripada serangan musuh," katanya.

Zamri, yang bertanggungjawab menemui makam Sultan Muhyiddin Mansur Shah, berkata, penemuan kali ini agak berbeza kerana masih belum ditemui apa-apa tulisan pada batu nisan berkenaan.

"Pada makam Sultan Kedah ke-14 itua da tulisan khat pada batu nisan yang menunjukkan nama sultan, namun pada batu nisan yang ini, kita masih belum jumpai sebarang tulisan jawi atau pun khat dan kami masih melakukan kajian," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang

Sekianlah artikel Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/sejarah-makam-sultan-kedah-ke-16.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sejarah: Makam Sultan Kedah Ke-16 Berusia 330 Tahun Di Temui Di Bukit Pinang"

Catat Ulasan

Loading...