Loading...

Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan

Loading...
Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan
link : Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan

Baca juga


Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan

ARKIB : 02/10/2004
DUA pemain, Shakir Shaari dan Azi Shahril Azmi akan merebut satu tempat yang dikosongkan oleh ketua pasukan Ahmad Azlan Zainal apabila Malaysia menentang China pada suku akhir Kejohanan Bola Sepak Belia Asia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Ahad ini.
Azlan, ketua pasukan yang membimbing Malaysia dalam tiga perlawanan terdahulu menentang Vietnam, Jepun dan Nepal di Johor Baharu terpaksa diketepikan kerana akan menjalani penggantungan automatik satu perlawanan selepas menerima dua kad kuning.
Ketua jurulatih pasukan negara K. Rajagopal semalam berkata, Shakir ataupun Azi akan diturunkan di tempat Azlan, yang dilayangkan kad kuning pada perlawanan menentang Vietnam dan Nepal.
``Saya tidak begitu bimbang mengenai siapa yang akan menggantikan Azlan sebagai ketua pasukan sebaliknya siapa yang akan menggantikan beliau di posisinya, pemain tengah yang bertahan.
``Dalam masa dua hari sebelum bertemu China ini, saya akan memerhati dan menganalisis perkembangan Shakir dan Azi sebelum membuat keputusan siapa yang akan diturunkan sebagai pengganti Azlan,'' katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan Bawah 20 Tahun di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.
Di antara kedua-dua pemain itu, Azi memiliki kelebihan kerana beraksi selama 19 minit apabila dia mengambil tempat Azlan ketika Malaysia menumpaskan Nepal 3-0 dua hari lepas manakala Shakir hanya diletakkan di bangku pemain simpanan.
Malaysia, naib juara Kumpulan A di belakang Jepun, akan menentang China, juara Kumpulan A, yang menang dua perlawanan dan seri sekali dalam peringkat kumpulan.
Rajagopal berkata, pemainnya dituntut memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang tempoh 90 minit permainan menentang China, sekali pun pasukan lawan digeruni sebagai antara empat pasukan terkuat di Asia.
``Saya memang bangga dengan pemain skuad ini yang menunjukkan semangat tinggi berjuang untuk negara. Saya harap mereka mampu meneruskannya dengan beraksi lebih baik ketika menentang China,'' katanya.
Ditanya sama ada Malaysia akan merebut peluang untuk layak ke Piala Belia Dunia di Belanda tahun depan, Rajagopal berkata peluang mencipta sejarah tetap ada dan berharap pemain mampu merealisasikannya.
``Sebenarnya ini peluang terbaik buat kita untuk layak ke Piala Belia Dunia. Terpulang kepada pemain untuk meraih peluang ini kerana jika kita mengatasi China, kita layak. Kita tidak tahu, dalam bola sepak apa-apa pun boleh terjadi,'' katanya.
Keempat-empat pemenang perlawanan suku akhir membabitkan China-Malaysia, Iraq-Syria, Uzbekistan-Korea Selatan dan Jepun-Qatar akan layak secara automatik ke Piala Belia Dunia di Belanda dari 10 Jun hingga 2 Julai tahun depan. - Bernama



sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2qfiUFq 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Demikianlah Artikel Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan

Sekianlah artikel Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/shakir-atau-azi-jadi-pengganti-azlan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shakir atau Azi jadi pengganti Azlan"

Catat Ulasan

Loading...