Loading...

Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia

Loading...
Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia
link : Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia

Baca juga


Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia

Penyanyi Nabila Razali, 25, melancarkan muzik video bagi single keduanya berjudul Cemburu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Muzik video berdurasi kira-kira 3 minit itu turut menampilkan rakan-rakan baiknya penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Zera Hariz dan Aidil Maula.

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2013 ini mengangkat nilai persahabatan dan komedi dalam muzik video tersebut.

“Selepas setahun lagu itu dilancarkan dan mendapat sambutan, pihak syarikat rakaman Seventeen Eleven Music bersetuju untuk menerbitkan sebuah muzik video.

“Saya memilih konsep muzik video yang ceria dan ringan selain mahu melibatkan sahabat-sahabat baik iaitu Hael Husaini dan Indah Ruhaila,” ujarnya.

Muzik video hasil karya Rio Production ini menjalani penggambaran di sekitar Subang dan Putrajaya dalam masa sehari.

Video yang dimuat naik dilaman Youtube Seventeen Eleven Music pada Jumaat lalu itu kini sudah mencecah hampir 200,000 tontonan.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka baharu dua hari dilancarkan ia sudah mencecah 100,000 tontonan dan trending di Youtube Malaysia.

“Pada awalnya saya ragu-ragu dan merasakan seperti sudah terlewat kerana lagu itu sudah lama di mainkan radio-radio tempatan. Namun, saya bersyukur rata-rata komen yang ditinggalkan di muzik video itu positif dan memberi semangat kepada saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati bersama penyanyi Alif Satar.

Drama 16 episod itu akan ditayangkan di Astro Ria bermula 24 April depan.

Nabila berharap dengan kemunculannya dalam bidang lakonan dapat diterima masyarakat.

The post Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odzJhV

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia

Sekianlah artikel Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/single-cemburu-nabila-razali-trending.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Single Cemburu Nabila Razali Trending di YouTube Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...