Loading...

Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan

Loading...
Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan
link : Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan

Baca juga


Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan sistem Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian (e-HBP) DBKL bagi memudahkan warga kota mengemukakan sebarang aduan dan cadangan.

Sistem e-HBP DBKL yang dilancarkan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff bakal dilaksanakan secara bulanan pada setiap 15 haribulan bermula 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Ibrahim berkata sekiranya tarikh berkenaan jatuh pada hari minggu dan cuti umum, sistem ini akan beroperasi pada hari berikutnya.

“Sebelum ini, orang ramai yang mahu kemukakan aduan perlu hadir sendiri ke bangunan DBKL dan kebanyakan mereka menghadapi pelbagai kekangan seperti masa, kos, tenaga dan tempat parkir kenderaan.

“Melalui sistem ini yang menggunakan kaedah secara berbual dalam talian, mereka hanya perlu membuka pautan http://bit.ly/2nOoe1U atau www.dbkl.gov.my melalui peranti mudah alih, telefon pintar atau komputer tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata setiap pertanyaan, aduan dan pandangan yang diterima akan diberi maklum balas serta-merta dan tindakan pantas akan diambil dalam tempoh seminggu, bergantung kepada jenis aduan yang diterima.

“Orang ramai boleh mengutarakan apa sahaja permasalahan di bawah bidang kuasa DBKL seperti kerosakan jalan, masalah di Projek Perumahan Rakyat/Perumahan Awam, parkir serta sampah-sarap.

“Sekiranya ada aduan kesesakan jalan, kita akan salurkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata DBKL menjadi satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini yang mengguna pakai sistem aduan dalam talian dan turut menyeru semua PBT lain menggunakan sistem seperti ini demi kemudahan orang awam.

Menurut Ibrahim, sekiranya sambutan terhadap e-HBP DBKL menggalakkan, DBKL akan mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan waktu atau hari operasinya secara harian.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ot0aor

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//


Demikianlah Artikel Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan

Sekianlah artikel Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/sistem-e-hbp-dbkl-mudahkan-warga-kota.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan"

Catat Ulasan

Loading...