Loading...

Skuad bawah 20 kembali ceria

Loading...
Skuad bawah 20 kembali ceria - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad bawah 20 kembali ceria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad bawah 20 kembali ceria
link : Skuad bawah 20 kembali ceria

Baca juga


Skuad bawah 20 kembali ceria

ARKIB : 21/09/2004
KEMENANGAN 1-0 skuad bola sepak bawah 20 tahun yang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Belia Piala Asia apabila mengejutkan pasukan PKNS yang beraksi dalam kempen Piala Malaysia, sedikit sebanyak menceriakan jurulatih, K. Rajagopal.
Gol tunggal jaringan penyerangnya, Choi Who Seng pada minit ke-82 melenyapkan kegarangan PKNS yang membariskan sebahagian besar kesebelasan utama termasuk trio import dalam perlawanan persahabatan di padang bola sepak PKNS, Kelana Jaya kelmarin.
Apa yang menceriakan Rajagopal adalah komitmen dan kesungguhan pemain serta semangat juang mereka mampu mengimbangi PKNS, pasukan yang lebih berpengalaman.
``Bagi saya kemenangan 1-0 tidak boleh dibanggakan tetapi ia sedikit sebanyak menyuntik semangat pemain untuk lebih yakin apabila menghadapi perlawanan sebenar Sabtu ini,'' ujarnya.
Lebih membanggakan buat Rajagopal adalah aksi cemerlang 12 pemain yang dipanggil semula selepas diketepikan oleh bekas jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira yang dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia, minggu lalu.
Rajagopal yang mengambil alih tugas daripada Jorvan Vieira berkata, tidak banyak yang mampu dilakukannya ke atas pemain selain mengharapkan semangat dan semangat juang tinggi apabila berdepan dengan Vietnam dalam perlawanan pembukaan nanti.
``Itu sahaja yang saya harapkan, tempoh singkat tidak dapat untuk saya mengadunkan corak permainan yang lebih berkesan.
``Tetapi saya lega mereka menang dengan PKNS 1-0 yang pasti ia dapat menyuntik semangat dan keyakinan pemain,'' katanya.
Dalam perlawanan persahabatan pertama sejak Rajagopal menggalas tugas sebagai jurulatih, skuad bimbingannya tewas 1-4 kepada Iraq baru-baru ini. Iraq turut bertanding di Kejohanan Belia Piala Asia dalam kumpulan D.
Beliau menambah, pasukannya akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan di Johor Bahru sebelum menyenaraikan 20 pemain yang akan memikul tanggungjawab bersaing dalam kumpulan A.
Malaysia selaku tuan rumah diletakan bersama Vietnam, Jepun dan Nepal.



SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2pphdFg 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Demikianlah Artikel Skuad bawah 20 kembali ceria

Sekianlah artikel Skuad bawah 20 kembali ceria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad bawah 20 kembali ceria dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/skuad-bawah-20-kembali-ceria.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad bawah 20 kembali ceria"

Catat Ulasan

Loading...