Loading...

SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih

Loading...
SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih
link : SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih

Baca juga


SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri untuk pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia adalah bagi pemakluman awal kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri sebagai persediaan sebelum surat pemakluman rasmi mengenainya kepada semua parti politik dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.
“Dalam tempoh pameran ini, RDPT adalah terbuka untuk semakan oleh orang awam termasuklah parti-parti politik bagi mengemukakan tuntutan atau bantahan ke atas senarai nama yang dipamerkan dalam RDPT tersebut,” katanya.Beliau menjelaskan sebelum ini adalah menjadi amalan SPR mengedarkan RDPT kepada parti-parti politik bagi tujuan pemakluman bahawa urusan semakan sedang dijalankan.
“Bagaimanapun, Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017,” katanya.
Abdul Ghani berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama-nama pemohon yang terbabit.
Katanya, buat masa ini pihak berkepentingan masih lagi mempunyai akses sepenuhnya kepada RDPT yang dipamerkan bagi tujuan semakan, tuntutan dan bantahan.
Menurutnya, pemberhentian amalan itu tidak pada bila-bila masa mengehadkan akses pihak-pihak berkepentingan kepada RDPT yang dipamerkan dan dalam masa yang sama, tiada keperluan perundangan untuk SPR berbuat demikian.
“SPR akan menghantar surat pemakluman secara rasmi kepada semua parti-parti politik mengenai perkara itu dalam masa terdekat berhubung pemberhentian amalan membekalkan RDPT (buku dan cakera padat) oleh SPR berkuat kuasa mulai pameran RDPT Suku Pertama 2017,” katanya.
Oleh yang demikian, katanya, mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuat semakan semasa tempoh pameran RDPT bagi tujuan membuat tuntutan atau bantahan, hendaklah membuat semakan tersebut di tempat-tempat pameran RDPT sebagaimana yang diwartakan. #sumber



Demikianlah Artikel SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih

Sekianlah artikel SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/spr-sahkan-keluar-arahan-henti-edar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPR Sahkan Keluar Arahan Henti Edar Salinan Rang Daftar Pemilih"

Catat Ulasan

Loading...