Loading...

Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA

Loading...
Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA
link : Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA

Baca juga


Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA


KUALA LUMPUR – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan me­nyertai kontinjen negara ke Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur dengan mengambil bahagian dalam sukan ekuestrian.

Ia melibatkan acara endurance yang akan diadakan di Terengganu International Park, Lembah Bidong, kira-kira 50 kilometer dari ibu negeri Kuala Terengganu pada temasya yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Naib Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM), Mohamad Din Mat ketika mengesahkan perkara itu berkata Sultan Mizan berada dalam skuad negara kali ini kerana baginda merupakan atlet disenarai dalam ranking dunia.

Mohamad Din berkata, Sultan Mizan adalah antara empat ekuesterian terbaik negara yang berada dalam ranking dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) dan baginda turut berminat menyertai Sukan SEA kali ini.

“Baginda ada memaklumkan minat untuk menyertai skuad negara jika dipilih nanti,” katanya. Sultan Mizan malah pernah menyertai Kejohanan Endurance Dunia pada 2008 lalu di kawasan Lembah Bidong di Setiu, Terengganu.

Mohamad Din berkata, EAM telah mengadakan lima pusi­ngan kelayakan dan pusingan terakhir akan diadakan pada 11 hingga 14 Mei ini Lembah Bidong untuk memilih 12 atlet bagi menjalani latihan pusat ke Sukan SEA.

Mengenai sasaran ujarnya, berdasarkan rekod cemerlang skuad negara di Sukan SEA terdahulu, beliau yakin acara endurance mampu meraih satu pingat emas apabila berkelebihan beraksi di hadapan penyokong tempatan nanti.

Sekiranya melihat rekod sebelum ini, skuad berkuda negara pernah meraih dua pingat emas di Sukan SEA Myanmar pada 2013 dan pencapaian yang sama pada 2001 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. – BERNAMA/HAA


Demikianlah Artikel Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA

Sekianlah artikel Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/sultan-terengganu-sah-jadi-atlet-sertai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sultan Terengganu Sah Jadi Atlet Sertai Sukan SEA"

Catat Ulasan

Loading...