Loading...

Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta

Loading...
Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta
link : Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta

Baca juga


Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta

GEORGE TOWN: Seramai 107 individu mendakwa kerugian berjumlah RM6 juta setelah sebuah syarikat gagal menunaikan janji untuk memberi pulangan lumayan bagi pelaburan yang mereka lakukan.
Wakil kumpulan itu, Justin Tay Ooi Hong mendakwa syarikat pelaburan berkenaan yang diterajui seorang pengarah berusia 25 tahun, menjanjikan kadar pulangan tinggi sekiranya menyertai skim pelaburan syarikat terbabit.
“Skim ini bermula kira-kira setahun lepas dengan kami antaranya dijanjikan pulangan pelaburan sehingga 40% sebulan,” katanya pada sidang media di pejabat Gerakan Pulau Pinang semalam.
Tay berkata, memandang syarikat berkenaan mempunyai pendaftaran perniagaan sah, mereka mempercayai tawaran itu dan membuat pelaburan di syarikat berkenaan.
Beliau percaya lebih 500 orang menjadi mangsa syarikat itu.
Menurutnya, satu laporan polis berhubung perkara itu sudah dibuat di Balai Polis Jalan Patani, Timur Laut, di sini, pada 21 Mac Lepas.
Bekas penyelia sebuah kilang, Chiang Teik Heng, 57, berkata beliau melaburkan semua wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM129,000 dalam syarikat itu pada Januari lepas.
“Saya diberitahu skim ini akan memberi manfaat…kini semua wang saya hilang,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Geoh Joo Hock, 57, berkata beliau melabur RM43,000 pada Januari lepas dan tidak menerima pulangan seperti yang diperkatakan.
Isteri dan bapa saudaranya turut membuat pelaburan di syarikat sama, katanya.
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong pula menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dalam pelaburan disertai mereka.
Beliau turut menggesa Bank Negara Malaysia dan polis supaya menyiasat perkara itu untuk mengelak lebih ramai lagi menjadi mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, ACP Abdul Ghani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. #sumber


Demikianlah Artikel Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta

Sekianlah artikel Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/syarikat-pelaburan-gagal-tunai-janji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syarikat "Pelaburan" Gagal Tunai Janji, 107 Pelabur "Kerugian" RM6 Juta"

Catat Ulasan

Loading...