Loading...

Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia

Loading...
Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia
link : Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia

Baca juga


Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia

Malaysia tidak akan menganjurkan perlumbaan F1 lagi bermula tahun depan berikutan langkah kerajaan yang bersetuju untuk membatalkan kontrak penganjurannya. Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata langkah itu perlu diambil disebabkan oleh pungutan pulangan yang menurun kepada negara jika dibandingkan dengan kos penganjuran.

“Keputusan ini diambi selepas mempertimbangkan laporan dan pandangan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tentang kesan kewangan perlumbaan F1 terhadap pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang tinggi sementara pulangan yang dicatatkan pula, termasuk dari sudut jumlah penonton dan pelancong asing semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

“Pada 1999, hanya 16 negara terlibat dalam menganjurkan perlumbaan berprestij ini, termasuk dua negara Asia. Tetapi hari ini, jumlah berkenaan telah meningkat kepada 21 buah negara, dan ini menyumbang kepada penurunan pulangan penganjurannya,” tambah beliau.

Dengan tidak lagi perlu menampung kos penganjuran F1, Najib berkata kerajaan juga boleh menumpukan dana yang ada untuk usaha-usaha pembangunan bakat, prasarana, pemindahan kemahiran dan pengetahuan dalam sukar permotoran. Kerajaan juga akan menggunakan dana sedia ada untuk membiayai sukar lain seperti MotoGP dan Go-Kart – ini melibatkan pembinaan litar khusus baru di Sungai Petani, Kedah.

“Litar Sepang akan tetap memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi Malaysia diperingkat global. Ia akan kekal menganjurkan perlumbaan utama seperti MotoGP dan perlumbaan peringkat nasional,” tambahnya.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan, Petronas akan terus menaja pasukan Mercedes AMG Petronas dalam F1 sebagai satu daripada strategi pemasarannya. Perlumbaan F1 yang bakal berlangsung tahun ini merupakan yang terakhir ia dianjurkan di Litar Sepang.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o4e2T3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!




Demikianlah Artikel Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia

Sekianlah artikel Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/tahun-ini-kali-terakhir-lumba-f1.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tahun Ini Kali Terakhir Lumba F1 Dianjurkan Di Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...