Loading...
Judul : Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal
link : Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal
Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal
Manila: Seorang anggota tentera Filipina yang diculik minggu lalu di selatan negara itu oleh militan Abu Sayyaf ditemui mati dipenggal.
Mayat Sarjan Anni Siraji dari Batalion 32 Infantri ditemui di bandar Patikul di Sulu, beberapa jam selepas tentera kerajaan menembak mati tiga lagi anggota kumpulan berkenaan dalam pertempuran di tempat lain.
Kepala Anni ditemui kira-kira 50 meter dari mayatnya. Ketua tentera wilayah Sulu, Brigadier Jeneral Cirilito Sobejana berkata, Anni mungkin diculik dan dipenggal kerana pembabitannya dalam usaha damai di Sulu.
“Dia terbabit dalam usaha damai. Walaupun menjadi tentera, dia tidak terbabit dalam pertempuran. Kami menggunakannya untuk berunding kerana dia bangsa Tausug, sama seperti kebanyakan militan Abu Sayyaf,” kata Sobejana.
Terdahulu, kerajaan Filipina mengumumkan tenteranya menembak mati tiga lagi militan Abu Sayyaf di Pulau Bohol, tempat mereka bersembunyi selepas gagal menculik pelancong di pulau peranginan itu.
Jurucakap tentera berkata, tiga militan itu mati dalam pertempuran kelmarin. – Agensi/HMetro
Demikianlah Artikel Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal
Sekianlah artikel Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/tentera-filipina-diculik-ditemui-mati.html
0 Response to "Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal"
Catat Ulasan