Loading...
Judul : Tok Gajah benam Harimau Selatan
link : Tok Gajah benam Harimau Selatan
Tok Gajah benam Harimau Selatan
PEMAIN Pahang, Chinedu Dike meraikan jaringan gol ketiga bersama rakan sepasukan, Muhammad Fazly Mazlan ketika menentang JDT dalam suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan hari ini. - UTUSAN/ AHMAD ZAKKI JILAN
Mohamad Shofi Mat Isa
01 April 2017 11:42 PM
KUANTAN 1 April - Skuad Tok Gajah memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 dalam saingan Piala FA suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.
Stadium Darul Makmur bergegar pada minit ke-13 menerusi jaringan pembukaan Tok Gajah hasil tandukan cantik Ahmad Syamim Yahya yang melepasi jangkauan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.
Jaringan yang menggamatkan stadium yang dihadiri kira-kira 30,000 penyokong tuan rumah itu adalah hasil hantaran Kapten Pahang, Matthew Davies.
Bagaimanapun, jaringan pembukaan Tok Gajah itu tidak bertahan lama apabila kesilapan penjaga gol Pahang, Wan Muhamad Azraie Wan Teh minit ke-21 yang gagal menangkap bola dengan baik mengundang padah apabila bola muntah disambar Marcos Antonio untuk gol penyamaan skuad Harimau Selatan.
Pada minit ke-30, penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri melakukan cubaan cantik menerusi rembatan kencang dari bahagian kiri gawang tuan rumah selepas berjaya melepasi beberapa pertahanan Tok Gajah namun berjaya ditepis keluar Wan Muhamad Azraie.
Skuad Tok Gajah yang dipimpin jurulatih Dollah Salleh juga berpeluang menambah jaringan namun bola tendangan Matthew Davies minit ke-41 dari sebelah kanan gawang lawan berjaya ditangkap kemas Izham Tarmizi
Bermula separuh masa kedua, Pahang tidak menunggu lama untuk menambah jaringan menerusi Matheus Alves pada minit ke-48 yang berjaya melambungkan bola menewaskan Izham Tarmizi yang sedikit berada di luar kotak penalti.
Taktik Dollah membawa masuk Chinedu Dike menggantikan Ashari Samsudin membuahkan hasil selepas Dike menambah jaringan Pahang pada minit ke-66 menjadikan kedudukan 3-1. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2nNwO2f
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Tok Gajah benam Harimau Selatan
Sekianlah artikel Tok Gajah benam Harimau Selatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tok Gajah benam Harimau Selatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/tok-gajah-benam-harimau-selatan.html
0 Response to "Tok Gajah benam Harimau Selatan"
Catat Ulasan