Judul : Tok Gajah serba tidak menjadi - Dollah
link : Tok Gajah serba tidak menjadi - Dollah
Tok Gajah serba tidak menjadi - Dollah
Dollah berkata corak permainan anak buahnya semalam dan empat perlawanan terdahulu agak berbeza, berkemungkinan disebabkan jadual padat pasukan selain ketiadaan Sumareh Mohamadou yang digantung satu perlawanan.
Beliau juga menyifatkan rentak permainan pemain import Pahang, Matheus Alves Leandro yang menjadi harapan untuk merobek gawang gol pasukan lawan sebagai ''serba tidak kena''.
"Kita ada mencipta ruang tapi kita mensia-siakannya. Saya bukan memberi alasan dan dalam bola sepak, kita kena terima hakikat dan sudah rasa bersyukur dengan kemenangan 1-0 ini."Bagaimanapun, kita kena lebih memberi fokus dan tumpuan untuk bangkit semula di Paroi (Stadium Tuanku Abdul Rahman)... dan berharap kita akan mendapat semula rentak permainan dengan kemasukan semula Mohamadou di sana," katanya.
Dollah berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini semalam, yang menyaksikan Pahang menang 1-0 selepas rembatan Mohammad Ashari Samsudin terkena kaki pemain pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat.
Beliau juga berkata peluang Pahang untuk menjaringkan gol tidak kesampaian disebabkan taktik pemain Negeri Sembilan yang bertahan dan berkumpul di kawasan gol.
Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, Mohd Asri Ninggal berkata permainan skuad Rusa agak cacat kerana tonggak utama mereka, Bruno Junichi Suzuki Castanheira mengalami kecederaan.
"Saya agak kecewa kerana kita ada peluang walaupun Pahang banyak mengawal permainan. Bagaimanapun, kita masih ada 90 minit di Paroi dan kita akan beri persembahan terbaik di sana," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNwXFb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tok Gajah serba tidak menjadi - Dollah
Anda sekarang membaca artikel Tok Gajah serba tidak menjadi - Dollah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/tok-gajah-serba-tidak-menjadi-dollah.html
0 Response to "Tok Gajah serba tidak menjadi - Dollah"
Catat Ulasan