Loading...

Tugas Harris sampai ke penghujung

Loading...
Tugas Harris sampai ke penghujung - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tugas Harris sampai ke penghujung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tugas Harris sampai ke penghujung
link : Tugas Harris sampai ke penghujung

Baca juga


Tugas Harris sampai ke penghujung

ARKIB : 02/06/2004
PERLAWANAN kelayakan Piala Dunia Zon Asia di China Rabu depan merupakan tugas akhir Allan Harris sebagai jurulatih pasukan bola sepak negara.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, biar apa pun keputusan, keputusan tersebut adalah muktamad.
Menurut beliau, selepas itu tugas beliau membimbing pasukan negara akan diberikan kepada jurulatih baru meskipun kontrak perkhidmatannya dengan FAM tamat pada Oktober ini.
``Dalam tempoh baki kontraknya yang masih ada mungkin beliau akan menjalankan tugas-tugas lain,'' katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Kuala Lumpur dan Institut Teknologi Perwaja di Kemaman, Terengganu, semalam.
Ibrahim yang enggan mendedahkan pengganti Allan berkata, pengumumannya akan dilakukan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah tidak lama lagi.
Beliau bagaimanapun membayangkan jurulatih tersebut dari negara Eropah dan pernah melatih pasukan di beberapa negara.
Katanya, tiga senarai terakhir yang dicadangkan kepada FAM oleh jawatankuasa teknikal sebelum ini merupakan jurulatih yang berasal dari England, Hungry dan Yugoslavia.
Akhbar baru-baru ini melaporkan nama yang disebut-sebut ialah Bobby Houghton dari England, Bicskei Bertalan (Hungry) dan Dragoslav Stepanovic (Jerman).
``Jurulatih baru ini akan diberi tanggungjawab pertama membawa pasukan negara menentang Mesir yang dijadual berlangsung pada Julai ini,'' katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2oxLO2b
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Tugas Harris sampai ke penghujung

Sekianlah artikel Tugas Harris sampai ke penghujung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tugas Harris sampai ke penghujung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/tugas-harris-sampai-ke-penghujung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tugas Harris sampai ke penghujung"

Catat Ulasan

Loading...