Loading...
Judul : Tun Dr Mahathir Dakwa 'RUU 355' Hj Hadi Pecah Belah Orang Islam !
link : Tun Dr Mahathir Dakwa 'RUU 355' Hj Hadi Pecah Belah Orang Islam !
Tun Dr Mahathir Dakwa 'RUU 355' Hj Hadi Pecah Belah Orang Islam !
SHAH ALAM: Rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semata-mata bertujuan memecahbelahkan orang Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menegaskan RUU 355 tidak mempunyai kaitan dengan agama Islam.
“Sebenarnya (RUU 355) ini bukan ada kaitan dengan agama Islam. Agama Islam tidak menyusahkan kita membuat sesuatu untuk memecahbelahkan orang Islam, ia digunakan untuk politik sebuah parti.
“Dalam negara kita ada masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama, kita mesti sensitif terhadap agama lain kerana dalam Islam kita kena menghormati agama lain dan kita tidak boleh memaksa orang berasa takut kepada Islam,” kata beliau selepas menghadiri Program Hardtalk di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini, malam tadi.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan pindaan RUU 355 selepas usul pindaan dikemukakan oleh presiden PAS dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bahru.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tersepit sama ada mahu menyokong RUU 355 atau tidak memandangkan rakan komponen Barisan Nasional (BN) memberi tekanan supaya beliau menolak pindaan itu.
“Saya fikir Najib tidak tahu nak buat apa, dia buat ini (setuju RUU 355 dibentang) sebab nak dapat sokongan PAS, tetapi kalau dia dapat sokongan PAS, dia akan hilang sokongan orang bukan PAS, jadi dia berada dalam dilema.
“Saya harap Najib akan hilang semua undi pasal dia guna agama untuk dapat sokongan,” kata beliau.
Kelmarin, Pandikar menangguhkan perbahasan RUU 355 sehingga sesi Parlimen pada Julai ini, sekali gus menimbulkan kemarahan wakil rakyat daripada Pakatan Harapan.
Semalam, Pandikar memberi alasan beliau menggunakan kuasanya untuk menangguhkan sesi perbahasan kerana kakitangan Parlimen tidak cukup rehat memandangkan pada 5 April, sehari sebelum RUU 355 dibentang, persidangan Dewan Rakyat berlangsung hampir 20 jam bermula dari 10 pagi hingga 5.50 pagi keesokan harinya. #sumber
Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Dakwa 'RUU 355' Hj Hadi Pecah Belah Orang Islam !
Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Dakwa 'RUU 355' Hj Hadi Pecah Belah Orang Islam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Dakwa 'RUU 355' Hj Hadi Pecah Belah Orang Islam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/tun-dr-mahathir-dakwa-ruu-355-hj-hadi.html
0 Response to "Tun Dr Mahathir Dakwa 'RUU 355' Hj Hadi Pecah Belah Orang Islam !"
Catat Ulasan