Judul : Uchop masih trauma
link : Uchop masih trauma
Uchop masih trauma
Bekas juara pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua, Uchop Ahmad, 33, masih trauma dengan kemalangan motosikal yang dialaminya di Jalan Cheras-Kajang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 4 petang itu, tayar motosikal yang dinaiki Uchop bersama anaknya Ahmad Azhar Iskandar, 11, meletup secara tiba-tiba menyebabkan mereka terbabas ke bahu jalan dan terjatuh.
Kejadian itu menyebabkan dua beranak itu mengalami luka di kaki dan tangan.
Uchop berkata, dia dalam perjalanan dari Pandan Jaya menghala ke Cheras Hartamas untuk ke bengkel motosikal sebelum menyedari tayar belakang motosikalnya mengalami masalah.
“Kejadian berlaku terlalu pantas kerana sebaik tayar meletup, motosikal hilang kawalan lalu terbabas membuatkan kami berdua tercampak. Mujur saya tidak menunggang terlalu laju kerana keadaan jalan raya yang sesak.
“Selepas terjatuh saya pitam selama 15 minit, manakala anak terbaring di sebelah saya. Kami kemudian dibantu orang ramai,” katanya.
Mereka kemudian dihantar ke klinik berdekatan dan Uchop bersyukur kerana mereka hanya mengalami luka ringan dan tidak mengalami kecederaan dalaman.
“Mujur anak saya tidak mengalami kecederaan teruk. Namun, dia agak trauma dan saya kena meluangkan banyak masa dengannya untuk memberi semangat,” katanya.
Uchop berkata, walaupun masih sakit, dia tetap perlu melaksanakan undangan menjayakan persembahan yang sudah dipersetujui sebelum ini.
“Malam esok saya akan beraksi di Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor, manakala Sabtu ini terbabit dalam satu persembahan di Johor Bahru,” katanya.
The post Uchop masih trauma appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Uchop masih trauma
Anda sekarang membaca artikel Uchop masih trauma dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/uchop-masih-trauma.html
0 Response to "Uchop masih trauma"
Catat Ulasan