Loading...

Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata !

Loading...
Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata !
link : Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata !

Baca juga


Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata !


Siapa Datuk Abdul Rahman Mohd Nor?. Nama beliau secara tiba-tiba meletup apabila tersebarnya video tentang hasratnya untuk melawan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada PRU-14 nanti.

Beliau yang mendakwa dia adalah anak Pekan dan pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengankutan dan pernah membantu Allahyarham Tun Razak selama tiga minggu sebelum  beliau meninggal dunia pada awal 1976. 

Umum tidak hairan atas pengumuman tersebut sebenarnya. Sebelum ini dua individu iaitu Datuk Ezam Mohd Noor dan Anina Saadudin turut menyatakan hasrat untuk melawan Najib di Pekan pada PRU ini. 



Cuma yang menjadi persoalan di sini ialah tindakan Abdul Rahman secara tiba-tiba membuat rakaman video, mendakwa dia mahu melawan Najib dan dia tidak mempunyai wang kerana orang miskin, malahan diakhir video tersebut dengan berani menagih simpati orang ramai untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank beliau bagi tujuan tersebut (lawan Najib). 

Persoalannya, apa akan jadi jika wang yang didermakan oleh orang ramai tidak digunakan untuk tujuan itu. Bukankah ini satu tindakan yang melucukan sebenarnya. Malahan dengan mendakwa dia miskin Abdul Rahman bukan sahaja menjatuhkan imej dan maruah beliau, malahan menyebabkan umum melihat beliau berbohong.

Mana mungkin bekas seorang pegawai tinggi kerajaan boleh mndakwa dirinya miskin dan tidak mempunyai wang, kemudian menagih simpati rakyat untuk melawan Perdana Menteri. Ini jelas satu tindakan untuk mengambil kesempatan semata-mata. Kononnya rakyat yang bencikan Najib pasti akan menghulurkan sumbangan ke dalam akuan bank beliau. Walhal, beliau sendiri belum tentu berbuat demikian bila tiba masanya kelak.

Siapa Adul Rahman?. Tiba-tiba bercakap Inggeris kemudian mengaku miskin. Beliau langsung tidak memahmi situasi. Mana mungkin pengundi di Pekan yang majoritinya orang kampung dan felda boleh memahami kehendak beliau itu. Jika pun mahu membuat rakaman video, buatlah dalam Bahasa Melayu. Bercakap Inggeris, mungkin dia mahu seluruh dunia mendengar kenyataan beliau dan akhirnya menghulurkan sumbangan ke akaun beliau. Maka, kayalah beliau dengan hasrat yang belum tentu kesampaian itu. 

Paling mengejutkan Abdul Rahman bukan sahaja menyatakan hasrat murninya itu, malahan juga turut memperlekehkan kewibaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak itu sendiri. Rahman mendakwa Najib gagal mengahabiskan pembelajarannya di Universiti Nottingham. 

Dakwaan Abdul Rahman ini jelas sekali tidak masuk dek akal dan sengaja mencari publisiti murahan demi mencapai cita--citanya. Umum mengetahu sejarah Najib yang telah  mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.




Malah Profesor David Greenaway, Naib Canselor Universiti Nottingham, berkata: "Saya amat gembira bahawa lulusan Universiti Nottingham memegang kedudukan yang penting. Pihak Universiti mempunyai sejarah yang panjang bekerjasama rapat dengan Malaysia - dua bekas Kings juga graduan Nottingham, dan kami universiti British yang pertama menubuhkan kampus di negara ini.


Profesor Ian Pashby, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The University of Nottingham Kampus Malaysia, berkata, 'Warga UNMC bangga kerana salah seorang bekas graduan telah menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia. ".

Malah daam laman web rasmi alumni universiti itu sendiri ada mengeluarkan kenyataan tahniah dan gembira atas perlantikan Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam. "University of Nottingham alumnus becomes Prime Minister of Malaysia"


Dengan bukti-bukti ini bermakna Abdul Rahman jelas sekali telah menfitnah Najib, dan wajar diambil tindakan perundangan oleh Perdana Menteri. Beliau sepatutnya fokuskan kepada hasrat untuk bertanding di parlimen Pekan, bukan cuba menjatuhkan keperibadian dengan menyebarkan berita yang tidak sahih untuk mengelirukan rakyat.



Apa pun terjadi, tindakan Abdul Rahman ini jelas menunjukkan beliau mencari sesuatu sebenarnya. Mungkin dengan "mengacah" untuk lawan Najib di Pekan, dia akan mendapat habuan. Rasanya orang Pekan sendiri langsung tidak kenal siapa beliau, malah dari mana kampung asal beliau seperti yang dinyatakan.

Berbeza dengan Najib yang sudah sinonim dengan penduduk Pekan sejak zaman ayahandanya Allahyarham Tun Razak lagi. Justeru, tindakan Abdul Rahman menyebarkan video tentang hasrat beliau berserta dengan nombor akaun banknya, jelas membuktikan dia hanya mahu mengambil kesempatan semata-mata. Rakyat Pekan lebih bijak untuk menilai siapa yang banyak berjasa kepada mereka daripada calon yang entah dari mana datangnya. Maka, eloklah Abdul Rahman "ukur baju dibadan sendiri" sebelum bercita-cita besar untuk berhadapan dengan Najib. "Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam usah di duga". #pdonews



Demikianlah Artikel Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata !

Sekianlah artikel Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/umum-lawan-najib-calon-hanya-mahu-intai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umum Lawan Najib, Calon Hanya Mahu "Intai Habuan RM" Semata-Mata !"

Catat Ulasan

Loading...