Loading...

‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’

Loading...
‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’ - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’
link : ‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’

Baca juga


‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’

 | April 29, 2017
Annuar Musa menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mengkritik usul PAS, sebaliknya mereka perlu menghormati pendirian parti Islam itu.
annuar-musaTEMERLOH: Tindakan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR membuktikan formula politik pembangkang yang berasaskan kepada mengambil peluang berdasarkan politik kebencian dan “musuh bersama” sebagai sesuatu yang amat rapuh.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, formula itu perlu dielakkan di negara ini kerana kestabilan merupakan perkara paling utama diperlukan rakyat, selain sebuah kerajaan yang mampu mengotakan janji dan mentadbir secara baik.
“Formula itu bukan formula yang mampan untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan kita telah melihatnya berlaku berkali-kali. Formula pembangkang adalah formula yang amat rapuh.

“Kalau tiada kestabilan, ertinya mereka tidak boleh melaksanakannya. Mereka terus mencari-cari satu formula dalam hubungan dan politik mereka,” katanya selepas menghadiri program Ceramah Rakyat Parlimen Temerloh bertemakan “Negaraku Generasiku” di Mentakab, semalam.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Muktamar Dewan Ulama PAS kelmarin, yang meluluskan tanpa bahas usul memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR.

Annuar juga melihat keputusan itu akan membawa perubahan kepada landskap politik negara kerana PAS menjadi “kuasa ke-3″ selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan serta perlu bergerak sendirian selepas memutuskan hubungan dengan sekutu mereka sebelum ini, iaitu DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Annuar juga menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang mengkritik tindakan PAS itu dan menyifatkan mereka seharusnya menghormati pendirian PAS memandangkan setiap parti politik berhak membuat keputusan sendiri.
“Mereka (PAS) tentukan keputusan itu dalam kongres mereka…muktamar yang melibatkan pimpinan tertinggi mereka. PAS juga seperti parti lain, ada hak-hak sendiri dan pada saya ia harus dihormati, ” katanya.

Annuar menambah Barisan Nasional (BN) dan Umno juga tidak seharusnya berasa selesa dengan perkembangan itu, sebaliknya perlu melipatgandakan usaha memberi penerangan kepada rakyat agar mereka tidak termakan dengan dakyah pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita cuma akan lihat apa yang akan berlaku…harap ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan seterusnya kestabilan negara. BN dan Umno jangan alpa kerana kita perlu rapat dengan rakyat,” katanya.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qoDQsP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel ‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’

Sekianlah artikel ‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/usul-putus-hubungan-bukti-formula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Usul putus hubungan bukti formula politik pembangkang amat rapuh’"

Catat Ulasan

Loading...