Loading...
Judul : Video: Ini Mungkin Peragut Paling Kelakar Di China
link : Video: Ini Mungkin Peragut Paling Kelakar Di China
Video: Ini Mungkin Peragut Paling Kelakar Di China
SHENZEN – Ini mungkin antara kes ragut paling kelakar pernah kami lihat dalam sejarah pemodenan manusia.
Seorang lelaki selepas berjaya meragut telefon bimbit seorang wanita terus melarikan diri namun tidak menyedari dirinya telah tersalah masuk ke dalam kawasan balai polis.
Dalam kejadian 31 Mac lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit pada mulanya menghampiri mangsa dari arah belakang.
Ketika mangsa sedang leka dengan telefon bimbitnya, lelaki berusia lewat 40-an itu terus menyambar pantas telefon bimbit mangsa dan berlari ke seberang jalan.
Mangsa yang terkejut, cuba mengejarnya, bagaimanapun kakinya tersandung dan terjatuh di jalan raya.
Lelaki berkenaan dilihat terkedu seketika apabila mendapati dirinya berada dalam kawasan balai, sebelum dihampiri mangsa yang kemudian memaklumkan kepada polis, suspek telah meragutnya.
Suspek terus ditahan polis sejurus 10 saat selepas melakukan jenayah tersebut.
Menurut pihak polis, suspek tidak begitu arif dengan kawasan itu menyebabkan dirinya menjadi mangsa kepada perbuatannya sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Video: Ini Mungkin Peragut Paling Kelakar Di China
Sekianlah artikel Video: Ini Mungkin Peragut Paling Kelakar Di China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video: Ini Mungkin Peragut Paling Kelakar Di China dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/video-ini-mungkin-peragut-paling.html
0 Response to "Video: Ini Mungkin Peragut Paling Kelakar Di China"
Catat Ulasan