Loading...

Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak

Loading...
Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak
link : Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak

Baca juga


Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak


GEORGE TOWN – Bagaikan tiada sensitiviti agama, tindakan sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Sungai Pinang, di sini yang jual arak secara terbuka telah mengundang kecaman hebat netizen di media sosial.

Premis beroperasi 24 jam yang terletak berhadapan showroom Hyundai itu dikatakan menjual minuman keras bersama-sama beberapa minuman ringan melalui vending machine atau mesin runcit air.

Semua sedia maklum, minuman beralkohol adalah dilarang penjualannya kepada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah dan bukan itu sahaja, ia bukan sesuatu yang halal buat masyarakat Islam sendiri.

Lagipun, penjualan minuman keras haruslah dipamerkan notis berbunyi “Meminum arak boleh membahayakan kesihatan” di hadapan premis masing-masing seperti mana yang telah dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan.

Lantas ia mencetuskan persoalan yang rata-ratanya ingin mengetahui bagaimana premis berkenaan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Adakah mereka memperoleh permit dari PBT untuk menjual minuman keras di premis ini di tepi jalan secara terbuka?” ujar seorang netizen.



Namun, respons yang diterima berbeza-beza, ada yang menyokong dan ada pula yang sebaliknya.

Khususnya daripada pengguna bukan Islam, mereka menyifatkan keadaan tersebut adalah normal dan tidak perlu diperbesarkan ekoran ia merupakan sejenis perniagaan.

“Awak jangan nak beri provokasi, mana-mana supermarket pun ada jual arak, awak nak cuma masukkan duit dan minum, itu bisnes dia jangan kecoh,” kata Tuck Tiek Chong.

“Benda haram jangan dibeli, pendek kata jangan kecohlah,” tulis Anthony Lee seolah-olah memberi tazkirah kepada umat Islam agar tidak membeli minuman keras.

Apa kata anda? Memang ia merupakan bisnes masing-masing namun dalam sesebuah negara itu pasti ada peraturan dan undang-undang tersendiri, belum termasuk perkara taboo dalam kalangan masyarakat. – MYNEWSHUB.CC



Demikianlah Artikel Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak

Sekianlah artikel Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/video-kedai-dobi-24-jam-di-penang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video: Kedai Dobi 24 Jam Di Penang Selamba Jual Arak"

Catat Ulasan

Loading...