Judul : VIDEO: Putera Mahkota Dubai Bantu Tarik Lori Pasir 12 Tayar Yang Terbenam Guna Mercedes AMG G63
link : VIDEO: Putera Mahkota Dubai Bantu Tarik Lori Pasir 12 Tayar Yang Terbenam Guna Mercedes AMG G63
VIDEO: Putera Mahkota Dubai Bantu Tarik Lori Pasir 12 Tayar Yang Terbenam Guna Mercedes AMG G63
Dengan harga hampir RM1.2 juta di Malaysia, SUV 4×4 Mercedes AMG G63 mungkin dianggap sebagai objek mewah dan kebanyakkannya digunakan sekali sekala serta dipandu hanya di dalam bandar, walaupun ia memang direka dengan kemampuan off-road yang luar biasa – dijana enjin AMG 5.5 liter V8 biturbo berkuasa 571 hp/760 Nm.
Namun untuk Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, AMG G-Wagen miliknya memang dipandu untuk kegunaan di padang pasir. Terbaharu, seorang pemilik akaun instagram bernama Saeed Hilal berkongsi video bagaimana putera yang lebih dikenali sebagai ‘Fazza’ di laman sosial berkenaan membantu menarik sebuah lori pasir 12 tayar yang terbenam di permukaan berpasir menggunakan G63 tersebut.
Dalam video berdurasi 1 minit 10 saat berkenaan dapat diperhatikan tugas untuk menarik lori terbabit bukanlah mudah, lagi-lagi dengan menggunakan tayar yang bukan dikhaskan untuk kegunaan permukaan berpasir. Fazza turut dibantu oleh trak pikap lain, dan tali yang digunakan untuk menarik juga putus. Usaha tersebut akhirnya berjaya setelah muatan pasir pada lori dikurangkan, serta dibantu sebuah traktor.
Fazza tidak memuat naik sendiri insiden berkenaan pada akaun laman sosial miliknya sendiri, tetapi plat pendaftaran ‘Dubai 11’ serta serban yang sama dipakai dan dipaparkan pada laman instagramnya ketika bersiar-siar di padang pasir memandu AMG G63 tersebut telah mendedahkan segalanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p3Hyau✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel VIDEO: Putera Mahkota Dubai Bantu Tarik Lori Pasir 12 Tayar Yang Terbenam Guna Mercedes AMG G63
Anda sekarang membaca artikel VIDEO: Putera Mahkota Dubai Bantu Tarik Lori Pasir 12 Tayar Yang Terbenam Guna Mercedes AMG G63 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/video-putera-mahkota-dubai-bantu-tarik.html
0 Response to "VIDEO: Putera Mahkota Dubai Bantu Tarik Lori Pasir 12 Tayar Yang Terbenam Guna Mercedes AMG G63"
Catat Ulasan