Loading...
Judul : Zainizam diketepikan
link : Zainizam diketepikan
Zainizam diketepikan
ARKIB : 07/10/2003
BARISAN serangan pasukan bola sepak kebangsaan tambah tumpul menjelang pusingan pertama kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang bermula esok apabila penyerang Sabah, Zainizam Marjan pula terpaksa diketepikan daripada skuad.
Ketiadaan Zainizam menambah lagi sengsara jurulatih negara, Allan Harris untuk merencanakan strateginya serangannya.
Jurulatih dari England itu sebelum ini sudah pun kehilangan penyerang utama negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli selain dua tonggak pertahanan, Subri Sulong dan Victor Andraq.
Harris berkata, Zainizam terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan di lutut.
``Selepas membuat pemeriksaan fisioterapi, kecederaan yang dialami Zainizam didapati sukar sembuh pada waktunya dan saya tiada pilihan selain menggugurkannya,'' katanya selepas latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Zainizam melaporkan diri di kem skuad negara kelmarin dalam keadaan kecederaan itu yang dialaminya ketika bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang MPPJ Selangor, Sabtu lalu.
Sabah tewas 3-0 dalam perlawanan itu.
Semua pemain itu digugurkan kerana cedera.
Harris berkata, dia akui pasukan negara kurang menyengat di barisan serangan atas faktor kecederaan itu.
``Saya kini hanya ada dua penyerang iaitu Hairuddin Omar dan Mohd. Nizaruddin Yusof. Pilihan saya sekarang ialah menggunakan Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Fadzli Shaari untuk memperkukuhkan serangan,'' katanya.
Selain Zainizam, pemain pertahanan Mohd. Nizam Jamil, penjaga gol Mohd. Sany Fahmi dan Azrin Shah Zainal turut diketepikan.
Dalam kelayakan Piala Asia, Malaysia berada dalam Kumpulan F bersama Iraq, Bahrain dan Myanmar. Pusingan pertama kelayakan berlangsung di Kuala Lumpur bermula esok hingga Ahad ini manakala Bahrain melangsungkan pusingan kedua pada 20 hingga 24 Oktober.
Skuad negara akan membuka kempen pertandingan pusingan pertama menentang Myanmar malam esok sebelum bertemu Iraq pada Jumaat dan Bahrain pada Ahad.
Semua pasukan telah berada di Kuala Lumpur.
Hanya pasukan teratas dari setiap kumpulan layak beraksi pada pusingan seterusnya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2nUGjKL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Zainizam diketepikan
Sekianlah artikel Zainizam diketepikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zainizam diketepikan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/zainizam-diketepikan.html
0 Response to "Zainizam diketepikan"
Catat Ulasan