Loading...
Loading...
- Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul :
link :

Baca juga


18 May,2017

GURU DAN DUA ANAK LELAKINYA POSITIF SYABU

Berstatus ayah dan pendidik tetapi sebaliknya berlaku, apabila ketua institusi keluarga dan guru yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas gagal membimbing generasinya ke arah kehidupan lebih baik dan sempurna.

Itu yang terjadi ke atas seorang ayah dan guru berusia 50 tahun yang ditahan polis kerana didapati positif dadah syabu di daerah Sundar, Lawas.

Guru terbabit ditahan bersama-sama dua lagi anak lelakinya semasa operasi polis narkotik daerah Lawas diketuai ASP Jason Ak Baya, malam semalam.

Ketiga-tiga mereka dari Kampung Baru Sundar ditahan jam 7.40 malam tadi di kediaman guru sebuah sekolah rendah di Sundar, Lawas.

"Tangkapan ke atas seorang bapa yang juga guru sekolah serta dua anaknya berusia 20 tahun dan 22 tahun. Guru dan kedua anaknya yang tidak bekerja didapati bersama-sama menagih dadah jenis syabu@Methamphetamine" kata Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika mengesahkan tangkapan itu di Lawas, sebentar tadi.

Menurutnya, guru berkenaan turut memiliki rekod lampau pernah ditangkap polis dalam satu operasi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah tahun lalu, di daerah Sundar.

Kes anak beranak tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kata DSP Abang Zainal Abidin lagi, seramai lapan orang individu diperiksa semasa aktiviti rutin cegah jenayah dadah oleh Bahagian Narkotik Lawas. Saringan air kencing dilakukan ke atas mereka di sekitar Sundar. Tiga lelaki dikesan positif dadah syabu.

"Pihak polis menyeru agar masyarakat terus menyalurkan maklumat kegiatan dadah di kawasan mereka dalam usaha bersama-sama polis membanteras penyalahgunaan dadah ini di kalangan masyarakat" jelas DSP Abang Zainal Abidin.



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtROdx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel

Sekianlah artikel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/18-may2017-guru-dan-dua-anak-lelakinya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to " "

Catat Ulasan

Loading...